Para petugas dalam kalangan pelajar memberi panduan kepada ibu bapa yang hadir bersama pelajar baharu
Para petugas dalam kalangan pelajar memberi panduan kepada ibu bapa yang hadir bersama pelajar baharu

1,010 pelajar baharu PMM jalani proses pembelajaran secara hibrid

webadmin
17 Nov 2021 04:38pm
A
A
A

Politeknik Merlimau Melaka (PMM) menerusi Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) menguruskan Hari Pendaftaran Kampung Siswa-Siswi (Kamsis) bagi Pelajar Baharu Sesi 1: 2021/2022, baru-baru ini.

Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PMM, Mohd Hoirie Abdul Manah berkata, seramai 1,010 pelajar telah mendaftar ke kampus bagi tujuan mendapatkan kemudahan penginapan Kamsis PMM.

“Para pelajar ini sebenarnya telah pun mendaftar secara dalam talian pada September lalu dan kali ini, hanya diadakan proses pendaftaran Kamsis seiring dengan pengumuman Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi membolehkan pengajian dikampus diadakan secara hibrid.

“Terima kasih kepada semua petugas kerana menjalankan tugas dengan baik demi memastikan proses pendaftaran berlangsung dengan lancar,” katanya.

Baca juga Kegigihan kumpulan guru SRA Puncak Alam cipta inovasi Plaza tol RaPuSa tarik perhatian ramai. Tahniah cikgu!

Baca juga ‘Perjalanan seorang guru yang menggunakan tiket ikhlas pasti akan membina kekuatan jiwa, percayalah’

Sementara itu, Ketua Jabatan JHEP, Zan Aizuwan Zainal Abidin berkata, jumlah 1,010 hanyalah melibatkan pelajar baharu dan pihaknya telah mengaturkan tarikh secara berfasa bagi kehadiran pelajar lain ke PMM mengikut jabatan, sekali gus mengurangkan kehadiran yang ramai ke kampus dalam satu-satu masa.

Tambah beliau, PMM juga telah membangunkan Sistem Deklarasi Kesihatan dan Penilaian Risiko Covid-19 (PolyCcDec) yang bertujuan memantau tahap kesihatan pelajar, status vaksinasi dan bagi tujuan kuarantin kendiri sebelum mendaftar ke politeknik ini.

Jelas Zan Aizuwan lagi, walaupun pelajar tinggal di dalam kampus, tetapi hanya sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) seperti makmal dan bengkel sahaja akan berjalan secara fizikal, selebihnya berlangsung dalam talian.

Untuk rekod, minggu orientasi pelajar baharu PMM atau lebih dikenali Minggu Haluan Siswa (MHS) bagi Sesi 1, 2021/2022 telah mencatat sejarah sebagai MHS pertama diadakan secara dalam talian iaitu pelajar berada di rumah masing-masing.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok