556218
556218

5 kemahiran graduan perlu ada sebelum memasuki alam pekerjaan

Rasyidah Zulkifi
27 Jan 2022 09:41pm
A
A
A

Rata-rata graduan mempunyai impian yang sama iaitu bekerja dalam bidang yang dipelajari ketika di institut pengajian tinggi (IPT).

Namun sebelum memasuki alam pekerjaan, graduan mesti benar-benar bersedia. Adalah lebih baik jika memiliki beberapa skil kerana majikan ingin mencari pekerja yang mampu meningkatkan mutu syarikat.

Baca juga Kemahiran dan pemikiran yang harus diterapkan oleh Gen Z untuk membina kerjaya

Baca juga 6 kemahiran asas bola sepak yang perlu pelajar tahu

Justeru, 5 kemahiran teratas yang dicari oleh majikan seperti;

1. Graduan yang berfikiran kritis

Menurut Persatuan Majikan dan Pekerja (NACE), majikan cenderung memberikan tawaran kerja kepada graduan yang mampu berfikir secara kritis.

Sebenarnya, sejak di bangku sekolah lagi pemikiran kritis ini sudah diterapkan dalam pendidikan.

Di Malaysia, pelajar dilatih untuk berfikir secara kritis ketika menjawab soalan peperiksaan jenis Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

2. Graduan yang boleh bekerja berkumpulan

97.5% majikan menekankan kepentingan kerjasama antara kakitangan ketika di tempat kerja manakala 77% majikan berpendapat graduan yang mempunyai kemahiran ini boleh menjadi pekerja yang cekap.

Skil ini memerlukan graduan untuk berinteraksi dengan kakitangan lain dalam syarikat kerana disitulah pekerja-pekerja akan lebih produktif.

3. Graduan yang profesional

Menurut kajian, hanya 42.5% kakitangan sahaja yang bersikap profesional ketika bekerja sedangkan ia 100% penting.

Graduan boleh membentuk sikap ini dengan langkah mudah seperti menepati masa dan cekap menyelesaikan tugasan dalam kehidupan harian.

Jika skil ini ada pada diri graduan, majikan akan mempertimbangkan keputusan untuk memberi tawaran pekerjaan kepada anda.

4. Kemahiran berkomunikasi

Sebelum memasuki alam pekerjaan, graduan mesti mahir berkomunikasi baik secara lisan atau penulisan.

Ini penting untuk memastikan komunikasi dua hala sentiasa berjalan kerana kajian menunjukkan hanya 41.6% pekerja menunjukkan skil tersebut.

Komunikasi lisan boleh dilatih dengan berbual antara rakan di universiti atau bertukar pendapat dengan pensyarah.

5. Graduan yang mempunyai nilai kepimpinan

Graduan yang pernah menjadi pemimpin ketika di universiti sangat beruntung kerana mempunyai kualiti kepimpinan.

Oleh itu, selagi bergelar penuntut di universiti rebutlah peluang untuk menjawat jawatan penting sama ada dalam aktiviti akademik atau kokurikulum.

Majikan sangat tertarik dengan calon staf yang mempunyai gaya kepimpinan yang tersendiri.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/sinarbestarimy/

Twitter: https://twitter.com/sinarbestarimy/

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Akhir kata, jika graduan mempunyai kelima-lima gabungan kemahiran ini maka peluang untuk mendapat pekerjaan idaman lebih cerah.

GPSBestari berharap graduan tidak berputus asa dalam mencari pekerjaan sesuai dengan latar belakang pendidikan dan bakat kerana lowongan kerja itu sentiasa ada.

Sumber: The Nth Degree

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok