5 perkara yang perlu pelajar fikirkan sebelum buat pilihan pengajian. Ikuti pandangan guru ini
5 perkara yang perlu pelajar fikirkan sebelum buat pilihan pengajian. Ikuti pandangan guru ini

5 perkara yang perlu pelajar fikirkan sebelum buat pilihan pengajian. Ikuti pandangan guru ini

Roshlawaty Md Raieh
31 Mar 2021 03:22am
A
A
A

Leganya bila peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dah berakhir. Bolehlah selesaikan beberapa perkara yang tergendala sebelum ini.

Walau bagaimanapun, masih ada kegusaran dalam kalangan pelajar lepasan SPM berkenaan.

Kegusaran berkaitan pemilihan program pengajian. Naik buntu bila melihat banyaknya kursus menarik yang ditawarkan. Tak tahu yang mana sesuai dengan kelayakan diri masing-masing.

Menerusi telegram Nota Cikgu Mohd Fadhli, ada perkongsian menarik daripada cikgu ini berkaitan pemilihan program pengajian.

Jom kita tengok.

*****

Ada lima perkara perlu diambil kira sebelum para pelajar memilih untuk belajar tentang apa...

1) Pilih yang betul-betul anda minat. Jangan pilih kerana paksaan ibu ayah atau terpengaruh dengan adik beradik dan rakan taulan. Kemampuan dan minat kita berbeza dengan orang lain.

2) Buat pemilihan bukan dengan canggihnya nama kos tersebut. Tapi pilihlah kos yang ada potensi untuk enam tahun akan datang.

3) Banyakkan pilih kos-kos berbentuk kemahiran seperti mengajar, automotif, pertanian, perikanan atau mekanikal. Sebab apa ?

Baik, untuk enam tahun akan datang setelah tamat sahaja ijazah, kita tak nak bawa sijil ke hulur ke hilir untuk cari kerja. Biar kerja cari kita atau kita cipta kerja dan dapat duit.

Contohnya, ramai pandang rendah dengan kos perikanan, pertanian, penyaman udara automotif. Namun sebenarnya kos ini akan menjadikan kita bos suatu hari nanti.

Tak dapat panggilan kerja? Tidak mengapa. Dengan ilmu pertanian kita boleh buat penanaman komersial, dengan ilmu automotif, kita boleh baiki kereta. Begitu juga dengan penyaman udara dan sebagainya.

4) Semasa memilih kos untuk belajar, fikirkan dan belajar jangkaan Malaysia enam tahun akan datang. Lihat rentak ekonomi dan kerjaya pada masa akan datang. Apa yang kita pilih akan beri impak pada masa akan datang.

5) Tawakal kepada Allah.

Semoga perkongsian ini dapat membantu pelajar-pelajar semua berkaitan pemilihan kos. Saya yakin, setiap daripada kita ada kelebihan tersendiri. Susun kelebihan itu untuk hasil akan datang.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Telegram Nota Cikgu Mohd Fadhli

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok