5 tip belajar Sejarah dengan berkesan
Seronok sebenarnya belajar subjek Sejarah. Hal ini kerana kita boleh tahu apa yang berlaku pada masa lalu dan jadikan ia sebagai rujukan untuk masa hadapan. Jika baik, boleh dijadikan panduan untuk lebih baik lagi.
Namun ada juga para pelajar yang kurang menggemari subjek Sejarah ini. Mungkin bagi mereka agak membosankan. Jangan begitu. Kita perlu mengetahui sejarah terutama berkaitan negara kita.
Baca juga 8 teknik mudah menghafal Sejarah cara Cikgu Fir
Baca juga Penting untuk golongan pelajar ketahui sejarah Malaysia
Jom ikuti 5 tip untuk mempelajari subjek Sejarah yang akan membuatkan anda rasa seronok:-
1. Buat gambaran besar dalam fikiran
Anda boleh jadikan subjek Sejarah dengan kaedah pembelajaran yang kreatif, bukan sekadar menghafal semata-mata.
Cara kreatif untuk mempelajari sejarah adalah dengan membuat gambaran besar sesuatu sejarah melalui kaedah peta minda.
Kemudian, anda boleh ilustrasikan gambaran tersebut dalam bentuk lukisan dan gunakan pen yang berwarna-warni supaya lebih menarik.
2. Ambil nota
Semasa belajar Sejarah baik di sekolah mahupun ketika mengulangkaji pelajaran, anda wajib mengambil nota kerana sejarah ini fakta.
Tabiat mencatat nota sejarah ini penting supaya maklumat tersebut mengikut tertib yang betul.
Melalui nota itu, anda boleh ringkaskan menjadi kad imbas.
3. Memahami kronologi sejarah
Untuk mempelajari sejarah dengan berkesan, anda wajib memahami rentetan sejarah dari awal sehingga akhir.
Kaedah ini memerlukan pembacaan yang teliti supaya fakta tersebut tidak disalah tafsir.
4. Rujuk sumber utama
Lazimnya, kronologi sejarah ini datang dari dua sumber, sumber primer dan sumber sekunder.
Sumber primer merupakan sumber yang belum diolah dan bersifat asli kerana belum ditafsir. Contohnya, dokumen kerajaan.
Sumber sekunder pula ialah sumber yang bercetak dan sudah diolah kerana telah melalui proses kajian. Contohnya, buku teks sejarah.
Sebaiknya rujuk sumber primer ketika mempelajari sejarah kerana sumber sekunder kebiasaannya mencerminkan pandangan berat sebelah pengarangnya.
Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/sinarbestarimy/
Twitter: https://twitter.com/sinarbestarimy/
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/
5. Belajar sejarah di internet
Sekarang semuanya di hujung cari, anda boleh mempelajari sejarah di internet namun kena bijak mencari sumber yang sahih.
Tuntasnya, GPSBestari berharap calon-calon SPM 2021 yang akan menduduki peperiksaan pada Mac 2022 boleh menjawab kertas soalan Sejarah dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.
Sumber: MasterClass