com.timetable_plus_plus
com.timetable_plus_plus

6 aplikasi bantu pelajar, guru susun jadual lebih efektif

Adlan Farhan Azwan
04 Feb 2022 08:05pm
A
A
A

Dalam dunia digital masa kini, pelajar perlu meneroka penggunaan teknologi untuk menjadi lebih teratur dalam mencapai kejayaan.

Dengan jadual padat, kebarangkalian untuk pelajar terlepas kelas adalah tinggi. Namun, dengan kemudahan yang ada pada hari ini, pelajar boleh menggunakan aplikasi yang tersedia untuk menyusun jadual waktu dan mengurus masa dengan berkesan.

Jadi, kali ini GPSBestari akan kongsikan enam aplikasi yang boleh dimuat turun untuk membantu pelajar menyusun jadual dengan lebih teratur.

1. My Study Life

My Study Life adalah aplikasi jadual untuk pelajar mahupun tenaga pengajar. Ia direka untuk memudahkan urusan pembelajaran seharian. Aplikasi ini juga membolehkan pelajar menyimpan pelajaran, kerja rumah dan peperiksaan.

Memandangkan maklumat boleh disimpan melalui storan penyimpanan awan, pelajar boleh mendapatkan semula maklumat yang disimpan pada mana-mana peranti pada bila-bila masa.

Manfaat utama yang ditawarkan oleh aplikasi ini ialah ia membolehkan pelajar menggabungkan semua jenis akademik. Selain daripada menyediakan kalendar biasa, aplikasi ini direka bentuk untuk berfungsi sepanjang tempoh pembelajaran.

Baca juga Selalu buat kesilapan “grammar” Bahasa Inggeris? Ini aplikasi yang boleh bantu anda

Baca juga 8 sambungan Chrome untuk bantu pelajar tingkatkan produktiviti ketika belajar

2. Timetable

Aplikasi Timetable adalah antara aplikasi yang paling banyak digunakan kerana ia membolehkan untuk mencipta dan menyimpan jadual. Ia juga membolehkan pelajar menyelaraskan maklumat di platform yang berbeza. Jadi, pelajar boleh menggunakan aplikasi ini sama ada di Android atau iOS.

3. Handy Timetable

Handy Timetable membolehkan pelajar membuat dua jenis jadual: satu untuk sekolah dan satu untuk sesi pembelajaran. Pelajar juga mudah untuk membuat jadual tugasan dan memo dengan aplikasi jadual waktu ini. Buat masa sekarang, aplikasi Hand Timetable hanya boleh dimuat turun pada peranti Android.

4. Quick Timetable

Inginkan aplikasi jadual yang mempunyai banyak ciri penyesuaian? Quick TimeTable adalah jawapannya. Aplikasi ini datang dengan beberapa ciri yang berguna. Pelajar boleh menambah pelajaran, nota, foto dan warna. Walau bagaimanapun, satu aspek unik aplikasi ini ialah ia membolehkan pelajar mendapatkan semula dan mengubah jadual waktu terdahulu pada bila-bila masa.

5. Class Timetable

Class Timetable merupakan salah satu teman terbaik untuk pelajar sekolah, kolej dan universiti. Ia membantu bukan sahaja untuk mengawasi kelas tetapi juga membolehkan pelajar menambah sebarang jenis acara pada jadual mingguan. Paparan muka aplikasi ini kemas dan mudah untuk menggunakannya.

6. Timetable ++ Schedule

TimeTable++ Schedule disertakan dengan beberapa templat jadual waktu, widget dan warna. Aplikasi ini membolehkan pelajar melampirkan gambar, kerja rumah dan nota pada jadual dan secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap produktiviti.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Semoga artikel ini dapat dimanfaatkan oleh pelajar yang sibuk menjalani kelas tidak kira secara fizikal mahupun dalam talian.

Sumber: Edsys

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok