Aktiviti ko-kurikulum norma baharu, MCKK anjur orkestra dalam talian
Aktiviti ko-kurikulum norma baharu, MCKK anjur orkestra dalam talian

Aktiviti ko-kurikulum norma baharu, MCKK anjur orkestra dalam talian

Azliyana Sulaiman
30 Dec 2020 09:07am
A
A
A

The Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Perak anjur Konsert Preview dan Pelancaran Laman Sesawang The Malay College Wind Orchestra.

Orkestra yang dikendalikan oleh Kelab Malay College Wind Orchestra (MCWO) dan Briged Bestari MCKK itu melibatkan 64 orang pelajar dan empat orang guru pembimbing.

Menurut Guru Penasihat MCWO, Cikgu Mohd Hazwan Abdul Rahim, cetusan untuk memulakan kembali aktiviti ko-kurikulum itu datangnya daripada Pengetua Cemerlang MCKK, Mohd Shahadan Abdul Rahman.

Beliau mencadangkan, konsert dalaman tersebut sebagai langkah pertama membiasakan aktiviti ko-kurikulum dalam norma baharu.

“Kami juga turut mendapatkan pandangan daripada Guru ICT MCKK, Cikgu Mohd Razif Abdul Razak, dari situlah timbulnya idea untuk menganjurkan konsert dalam talian.

“Hanya pelajar MCKK yang terlibat sahaja yang hadir, sementara keluarga dan pelajar lain boleh mengikutinya di youtube Malay College Wind Orchestra dan di Facebook page Malay College Wind Orchestra,”katanya.

Menurutnya lagi, gerak kerja muzik dan orkestra juga turut  mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, serta tiada perkongsian barangan peribadi dalam aktiviti-aktiviti orkestra.

“Briged Bestari MCKK dipimpin oleh pelajar Tingkatan Empat, Syed Naquib Syed Shazali bersama sembilan lagi pelajar dari Tingkatan Empat dan Tiga untuk melaksanakan produksi ‘Multi-camera’ (MCP) dengan menggunakan satu DSLR, telefon pintar Iphone 10 dan dua webcam

“Produksi untuk live show memang mencabar, kerana banyak faktor perlu diambil kira, antaranya, band width, tahap lighting bagi siaran ke luar kolej, dan persefahaman antara band dan Briged Bestari, juga koordinasi video. Persefahaman tinggi antara semua pelajar dan juga raptai sebanyak tiga kali, membuatkan konsert  kami dapat berjalan dengan lancar,”katanya.

Sementara itu, Presiden MCWO yang juga pelajar Tingkatan Empat kolej berkenaan, Hanif Abdullah Borhan Hamdi berkata, aktiviti di kolej mula berkurangan sejak wabak Covid-19 melanda.

Salah satu aktiviti pertama yang diwujudkan bagi mengisi masa yang terluang itu adalah dengan melancarkan laman sesawang MCWO.

“Setelah mendapat ‘lampu hijau’ untuk menganjurkan konsert preview tersebut, kami bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Alhamdulillah, semua yang dirancang dapat dibuat dengan jayanya,” katanya.

Konsert preview tersebut menyajikan persembahan empat buah lagu daripada MCWO iaitu, Memories of Friendship, Medley P Ramlee, Jingli Nona dan Movie Adventure.

Konsert preview tersebut boleh ditonton menerusi laman sesawang MCWO https://mcwo.mckk.edu.my/.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok