gsfc_20161007_2017-299_004 (1)
gsfc_20161007_2017-299_004 (1)

Anak kelahiran Muar, Florence Tan dilantik Timbalan Ketua Juruteknologi di Nasa, inspirasi kepada pelajar bidang kejuruteraan

Adlan Farhan Azwan
11 May 2022 04:15pm
A
A
A

Bidang kejuruteraan merupakan salah satu bidang terbesar dalam profession pekerjaan di negara ini yang sering menjadi pilihan pelajar setelah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Terdapat pelbagai jenis bidang kejuruteraan yang pelajar boleh ceburi antaranya ialah mekanikal, awan, kimia, elektrik, elektronik dan mekatronik.

Bagi anak kelahiran Muar, Johor, Florence Tan, beliau telah melanjutkan pelajaran pada usia 18 tahun untuk mendapatkan ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan komputer di Universiti Michigan Barat, Amerika Syarikat.

Baca juga

Graduan Malaysia gondol pingat akademik tertinggi di Amerika Syarikat, raih keputusan ‘4 flat’ secara konsisten

“Alhamdulillah, I got into Stanford” – Pelajar terharu diterima masuk ke universiti idaman

Tan kemudiannya menamatkan ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran dalam kejuruteraan elektrik di Universiti Johns Hopkins.

Kini, beliau merupakan kebanggan serta sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia apabila dilantik sebagai Timbalan Ketua Juruteknologi di Ibu Pejabat Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA).

Bukan itu sahaja, beliau juga membantu anak muda Malaysia untuk bercita-cita lebih besar pada masa depan apabila turut bergelar Pengarah Misi Sains (SMD) NASA.

Menurutnya, beliau dibesarkan di sebuah perkampungan nelayan kecil di Muar dan pada mulanya bercita-cita menjadi seorang guru.

“Saya tidak mempunyai banyak teladan untuk dicontohi. Ibu bapa saya adalah guru dan mereka menggalakkan saya untuk menjadi lebih berjaya daripada mereka, jadi saya ingin menjadi seorang profesor.

“Kemudian, selepas saya menonton beberapa tayangan semula "Star Trek," saya mengambil keputusan untuk menjadi jurutera aeroangkasa atau elektrik,” jelasnya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Semasa tempoh pengajian, Tan telah diterima sebagai pelatih di Pusat Penerbangan Angkasa Goddard NASA berdasarkan pencapaiannya dalam teori elektromagnet dan bekerja di tempat tersebut sepenuh masa sebagai pengaturcara.

Sejak itu, beliau telah mengusahakan projek Cassini, sebuah kapal angkasa untuk meneroka Zuhal dan membina elektronik spektrometer jisim, peranti seperti hidung yang membantu pengembara menghidu sampel gas di bulan Marikh dan Zuhal, Titan.

Beliau sedang mengetuai SSCG untuk menyelaras dan membangunkan strategi serta visi NASA untuk kapal angkasa kecil, misi penerokaan dan aktiviti teknologi yang kebanyakannya berkaitan dengan kapal angkasa yang menuju ke Marikh.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok