1
1

Aplikasi Discord memudahkan proses PdPR

Adlan Farhan AzwanAdlan Farhan Azwan
01 Dec 2021 04:50pm

Jika sukakan permainan video, anda mungkin tahu tentang aplikasi Discord.

Discord ialah aplikasi sembang, seperti Skype. Ia menyokong sembang suara dan teks, panggilan video dan perkongsian skrin, memberikan pengguna berbilang pilihan untuk sambungan dan komunikasi.

Terdapat dua ciri utama yang ada pada Discord iaitu pelayan dan saluran.

Walaupun Discord pada awalnya popular di kalangan pemain permainan video, Discord telah menambah ciri-ciri baharu dalam perkhidmatannya untuk memenuhi keperluan komunikasi secara umum.

Discord merupakan antara alternatif yang baik bagi guru untuk berinteraksi dengan pelajar secara maya.

Selain Zoom dan Teams, semakin ramai juga guru mula menggunakan Discord sebagai tempat untuk sesi pembelajaran.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=TJ13BA3-NR4[/embed]

Apakah Discord?

Seperti yang dinyatakan, Discord ialah platform aplikasi sembang yang boleh dimuat turun secara percuma.

Anda boleh menggunakan Discord untuk menyertai pelayan sedia ada atau menciptanya sendiri. Anda juga boleh berkomunikasi dengan individu secara terus melalui sembang peribadi.

Pelayan sembang adalah tempat perbincangan berlaku. Dalam pelayan, terdapat "saluran" yang bertindak sebagai ruang khusus topik di mana anda boleh bersembang tentang perkara tertentu.

Walaupun Discord berasaskan teks, guru juga boleh mencari atau menyediakan saluran suara, yang bertindak sebagai ruang persidangan untuk bersembang.

BACA JUGA: Ingin menjadi seorang pemain e-sukan profesional? Ini 8 perkara yang boleh anda lakukan

BACA JUGA: Microsoft Innovative Teachers, mantapkan lagi proses PdPR

Discord juga menyokong penggunaan "bot", yang boleh melakukan pelbagai perkara, seperti memainkan muzik secara automatik atau membantu pelajar menukar tetapan akaun mereka.

Contoh penggunaan

Disebabkan fleksibiliti yang terdapat dalam Discord, banyak penggunaan pelayan yang berfokuskan sekolah.

Sebilangan pengajar telah berpindah ke Discord untuk menjalani kelas maya, terutamanya yang tidak terikat dengan sistem pengurusan pembelajaran tertentu.

Selain itu, aplikasi ini juga boleh membantu memudahkan pembangunan profesional, seperti mencipta pelayan persidangan untuk komunikasi saluran dan menyediakan dewan ekspo secara maya.

Bagaimana untuk mula menggunakan Discord?

Cipta akaun menggunakan emel sedia ada dan sertai beberapa pelayan untuk menguji sesuatu daripada pihak peserta.

Jika mencari "topik" ditambah "pelayan discord" pada enjin carian pilihan anda, kebiasaannya anda boleh mencari pautan ke pelayan yang berkaitan mengikut pilihan yang ada dalam talian.

Discord membolehkan pelajar seolah-olah berada di dalam kelas sebenar

Keberkesanan Discord dalam proses PdPR

1. Mudah diakses dan percuma

Aplikasi discord adalah percuma dan boleh dimuat turun melalui discord.com.

Selain itu, semua ciri yang diperlukan untuk PdPR ada dalam aplikasi ini.

Jika mahu meningkatkan lagi pengalaman pengguna, terdapat pilihan berbayar yang dipanggil "Discord Nitro."

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=I60jYfyRu_0[/embed]

2. Berorientasikan secara berkumpulan

Discord berasaskan saluran. Anda boleh menyediakan saluran suara di mana semua orang boleh berinteraksi dan bergerak secara bebas ke saluran yang berbeza.

Anda juga boleh mencipta saluran teks yang memberikan semua fleksibiliti yang diperlukan dalam memudahkan tugas masing-masing. (muat naik fail, siarkan kemas kini, kongsi imej, semak pelajaran sebelumnya).

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

3. Ciri ‘peranan’

Jika terdapat isu penting yang perlu ditangani atau mesyuarat kumpulan perlu diadakan, guru boleh menggunakan ciri peranan supaya hanya kumpulan tertentu sahaja boleh terlibat dalam sesuatu perbincangan.

4. Satu jemputan untuk semua

Tidak perlu pelbagai kod untuk setiap sesi kelas. Satu jemputan dalam Discord sudah memadai untuk kelas sepanjang penggal.

Jika anda mempunyai akaun, cuma klik pada jemputan, log masuk. Jika belum mempunyai akaun sendiri, anda masih boleh klik pada jemputan dan pautan pendaftaran akaun akan keluar.

5. Suara, video dan perkongsian skrin

Discord membolehkan anda melakukan sembang suara, panggilan video dan perkongsian skrin. Kesemua ini boleh dilakukan dalam satu saluran. Apa yang menarik ialah Discord membenarkan sehingga 50 orang dalam ciri perkongsian skrin mereka.

Para pengguna boleh ke laman Discord Blog untuk mengetahui cara penggunaan Discord bagi tujuan pembelajaran dengan betul.

Sumber: Discord Blog

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp