screen-shot-2021-12-21-at-11-34-54-am
screen-shot-2021-12-21-at-11-34-54-am

Asah minda pelajar dengan Wordle, permainan perkataan tular di laman Twitter

Adlan Farhan Azwan
14 Feb 2022 05:38pm
A
A
A

Penggunaan Twitter amat popular dalam kalangan pelajar, tidak kira sekolah menengah mahupun institut pengajian tinggi (IPT).

Jika anda menggunakan Twitter baru-baru ini, anda pasti akan terlihat ciapan yang mempunyai kotak hijau, kelabu dan kuning. Itulah permainan perkataan yang dipanggil Wordle.

Apakah itu Worldle?

Wordle ialah permainan perkataan harian yang dimainkan secara dalam talian. Ia merupakan permainan yang menyeronokkan, mudah dan hanya boleh dimainkan sekali sehari. Sama seperti teka silang kata.

Dalam setiap 24 jam, terdapat perkataan baharu dan anda perlu tentukan apakah perkataan tersebut.

Baca juga

Aplikasi Discord memudahkan proses PdPR

6 sebab mengapa cikgu di Malaysia perlu memiliki akaun Twitter

Berikut merupakan cara bermain permainan tular itu.

Wordle memberi pemain enam peluang untuk meneka perkataan lima huruf yang dipilih secara rawak. Seperti yang ditunjukkan di atas, jika anda mempunyai huruf di tempat yang betul, ia akan bertukar warna hijau. Huruf yang betul di tempat yang salah menunjukkan warna kuning. Perkataan yang tidak ada di mana-mana ruang akan berwarna kelabu.

Anda boleh memasukkan enam perkataan. Jadi gunakan lima perkataan pembakar yang boleh dipelajari sebagai petunjuk huruf dan ruangannya. Kemudian anda mendapat satu peluang untuk menggunakan petunjuk tersebut. Pemain juga boleh cuba meneka perkataan pada hari itu dalam tiga, dua atau sekali percubaan sahaja.

Apa yang membuatkan ia sangat popular?

Terdapat hanya satu teka-teki setiap hari: Pemain hanya mendapat satu percubaan. Jika pemain gagal pada hari tersebut, pemain perlu menunggu sehingga esok untuk mendapatkan teka-teki yang baharu.

Semua orang bermain teka-teki yang sama: Hal ini memudahkan untuk bersembang dengan rakan tentang teka-teki hari itu.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Sangat mudah untuk berkongsi hasil permainan: Setelah pemain berjaya atau tidak berjaya melakukan teka-teki pada hari itu, pemain boleh berkongsi perjalanan Wordle untuk hari berkenaan.

[embed]?s=20&t=XdfwpJjzMTEPXoBEyz6MJg[/embed]

Jadi, Wordle bukan sekadar permainan kata, ia adalah pemula perbualan dan peluang untuk mempamerkan kepintaran pemain di media sosial. Tidak hairanlah mengapa permainan Wordle ini tular di seluruh dunia.

Sumber: CNET

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok