275716224_1066863170528716_5252895202578129096_n
275716224_1066863170528716_5252895202578129096_n

Bukan mudah jadi pelakon dan pelajar, Sweet Qismina akhirnya berjaya terima ijazah

Adlan Farhan AzwanAdlan Farhan Azwan
17 Mar 2022 03:34pm

Setelah menanti dua tahun untuk menghadiri upacara konvokesyen, pelakon Sweet Qismina atau nama sebenar Farhanna Qismina Supandi berasa teruja kerana berpeluang merasai salah satu detik manis dalam kehidupan.

Menurut hantaran di laman Instagramnya, dia mengakui tidak mudah baginya yang bergelar seorang pelakon dan pada masa yang sama sedang belajar. 

“Sering bergelut antara kerja dan belajar sejak di peringkat sekolah rendah, hanya orang di sekeliling saya dan ALLAH sahaja tahu betapa penatnya fizikal dan mental yang Sweet perlu dilalui ketika fasa itu.

“Apabila ada yang bertanya Sweet bagaimana untuk bekerja dan belajar sepenuh masa, jawapan saya ialah jika anda merasakan diri anda kuat, cubalah sendiri. Jika tidak kuat, jangan teruskan kerana anda sendiri yang akan merana kesakitan,” katanya.

Sweet Qismina bersama ahli keluarga terdekat. Kredit foto: Instagram sweetqismina

Sweet juga berkata fasa belajar yang dilalui olehnya merupakan fasa yang paling tidak boleh dilupakan dan paling manis buatnya.

“Zaman sekolah dahulu, pada waktu pagi Sweet perlu ke sekolah. Setelah habis sekolah, Sweet perlu mengikuti penggambaran pula. Tamat penggambaran, perlu ke tuisyen pada malamnya pula. Peperiksaan pada paginya dan petang ada penggambaran sehingga Subuh keesokan harinya dan lari ke sekolah untuk peperiksaan seterusnya,” jelasnya.

Sweet yang mengambil Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) di SEGi University, Kota Damansara selama tiga tahun berkata, pengalaman ketika berada di peringkat institut pengajian tinggi (IPT) juga sama dengan yang dilaluinya ketika di sekolah.

[video width="640" height="800" mp4="http://sinarbestari.sinarharian.com.my/wp-content/uploads/2022/03/275448170_1059745114946614_6505942589922429293_n.mp4"][/video]

“Masuk universiti juga sama. Kelas dari 8 pagi sehingga 6 petang. Kemudian lari untuk ke set penggambaran sehingga 4 pagi dan keesokannya hadiri kelas pada pukul 8 pagi,” katanya.

Sweet menjelaskan dia tidak dipaksa oleh ahli keluarganya untuk belajar ketika berlakon dan segala keputusan yang dibuat adalah daripada hasratnya sendiri.

Dia juga mendedahkan berat badannya turun sehingga 10 kilogram kerana tidak mempunyai masa dan terlalu sibuk membahagikan masa antara berlakon dan belajar pada masa yang sama.

“Saya nak capai kedua-duanya (berlakon dan belajar) kerana saya yakin saya mampu. Mama sering berpesan jika mahu meneruskan berlakon, saya perlu belajar. Jadi, sakit macam mana sekali pun saya akan tetap belajar sehingga turun berat badan sebanyak 10 kg,” jelasnya.

Sokongan keluarga dan orang di sekelilingnya yang sentiasa memberi pertolongan serta memahami penat lelah yang dilalui merupakan antara motivasi utama baginya untuk meneruskan perjuangan menimba ilmu dan berlakon.

Tahniah diucapkan kepada Sweet dan semoga kisahnya boleh dijadikan inspirasi buat pelajar di luar sana agar tidak mudah berputus asa kerana setiap manusia mempunyai ujian dan cabaran yang berlainan.

Artikel berkaitan

Menjadi ibu kepada 4 anak dan bekerjaya sepenuh masa bukan alasan buat graduan ini raih keputusan cemerlang

Content creator Bang Man dah konvo, saran generasi muda guna media sosial untuk cari rezeki

Kejayaan di peringkat antarabangsa, bukti kecemerlangan Sekolah Seri Puteri dalam bidang STEM


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp