photo-1557425493-6f90ae4659fc
photo-1557425493-6f90ae4659fc

Cikgu Kimia kongsi 7 tip untuk guru baharu buat - Senang rupanya!

Roshlawaty Md Raieh
18 Sep 2021 12:03am
A
A
A

Tujuh tip untuk guru baharu ini dikongsikan oleh guru Kimia Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18, Shah Alam, Cikgu Khalilah Mohd Haidzir.

Mari ikuti perkongsian beliau.

1) Senyum dengan semua orang

- Mohon setiap guru baharu tidak hanya mengukir senyuman pada pengetua sahaja sebaliknya senyumlah pada semua warga sekolah termasuk makcik kantin dan juga pekerja pejabat.

2) Jangan lupa tegur dengan guru-guru lama, walaupun nampak sombong, tegurlah mereka. Kitakan guru baharu.

Gambar hiasan daripada Unsplash.

3) Jangan menolak kerja kerana kerja-kerja itulah yang membantu menaikkan cara kita bekerja.

4) Jangan menyendiri dan suka berseorangan. Carilah kawan dan bergaul dengan rakan-rakan guru yang lain.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

5) Berbaik-baiklah dengan makcik kantin, pembantu makmal dan ramai lagi. Belajar dengan mereka. Jika tidak tahu, tanyalah.

Gambar hiasan daripada Unsplash.

6) Jangan sombong. Tegur ibu bapa yang datang ke sekolah. Luangkan masa bercerita mengenai anak mereka.

Baca juga Guru Cemerlang kongsi 4 fasa mendidik anak-anak gaya Rasulullah SAW. Ibu bapa mohon hadam

Baca juga Covid-19: Jurang pendidikan yang perlu diperhalusi – Pensyarah Kanan UiTM, Nurul Fatma

7) Jangan datang lambat ke sekolah. Tepatilah masa.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok