Cikgu Saifulnizan guru cemerlang luar biasa, kejayaannya semua demi  murid. Ini yang beliau lakukan
Cikgu Saifulnizan guru cemerlang luar biasa, kejayaannya semua demi murid. Ini yang beliau lakukan

Cikgu Saifulnizan guru cemerlang luar biasa, kejayaannya semua demi murid. Ini yang beliau lakukan

webadmin
22 Dec 2020 04:14am
A
A
A

Guru sanggup lakukan apa sahaja demi murid... berhujan berpanas bukan lagi halangan untuk memandaikan anak bangsa. Itu yang dapat digambarkan buat sosok tubuh Guru Edufluencer bernama Saifulnizan Che Ismail.

Cikgu Saifulnizan bukan calang-calang guru. Guru subjek Matematik serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Sekolah Kebangsaaan (SK) Raja Bahar, Kota Bharu, Kelantan  itu pernah mengharumkan nama negara apabila pasukan sekolahnya terpilih untuk membentangkan kempen kesedaran menjaga dan melestarikan alam sekitar menerusi Projek Save the Earth di I Can Global Children’s Summit di Rom, Itali pada 26 hingga 30 November 2019 lalu.

Sebanyak 12 pasukan yang dinamakan Design for Change (DFC) Malaysia telah terpilih untuk mempertaruhkan inovasi masing-masing di sana. Daripada 12 guru pembimbing itu, Cikgu Saifulnizan, satu-satunya guru pembimbing lelaki dari Malaysia.

Pada tahun berikutnya, beliau dinobat Naib Johan Guru Inovatif peringkat kebangsaan pula menerusi ciptaan BBM yang dinamakan Papan Serbaguna Eksplorasi Nombor.

Kata beliau, Papan Serbaguna Eksplorasi Nombor membantu murid memahami konsep nombor dengan lebih mudah dan secara didik hibur.

Pun begitu, usaha guru lulusan Universiti Teknologi Malaysia dan Institut Pendidikan Guru Teknik (Matematik) ini untuk memandaikan anak bangsa tidak terus terhenti di situ.

Pada tahun 2019, beliau sekali lagi mencipta BBM iaitu  inovasi i2K  yang berfungsi untuk membantu murid memahami konsep isipadu kubus dan kuboid secara penyiasatan.

Menerusi inovasi tersebut, pemilik anugerah Johan Southeast Asia Mathematics Teaching and Learning Model, di Yogyakarta, Indonesia itu telah memenangi banyak anugerah dan pengiktirafan di dalam dan luar negara.

Antara kenangan manis yang tidak boleh dilupakan beliau, inovasi i2K yang dipertandingkan di peringkat Asia Tenggara itu berjaya mendapat tempat pertama dan beliau diberi peluang melaksanakan PdPc itu di Sekolah Dasar Budi Mulia di Yogyakarta, Indonesia pada 15 November 2019 lalu.

Selain itu, Cikgu Saifulnizan juga adalah penggerak utama membudayakan inovasi digital di SK Raja Bahar.

Pada tahun 2018, sekolah SK Raja Bahar telah mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pendidikan (KPM) dan Perbadanan Ekonomi Malaysia Digital (MDEC) untuk menubuhkan Sekolah Hub Digital Maker.

Fungsi Sekolah Hub Digital Maker adalah untuk berkongsi ilmu inovasi digital seperti pengaturcaraan, robotik, fotografi kepada sekolah berhampiran.

Terkini, Cikgu Saifulnizan telah menubuhkan  Taman Ilmu Matematik. Projek ini merupakan satu projek hasil kerjasama guru-guru panitia Matematik SK Raja Bahar.

Katanya, Taman Ilmu Matematik diwujudkan bagi menarik minat murid-murid terhadap subjek Matematik. Murid-murid dapat membaca setiap info-info seperti rumus-rumus Matematik apabila mereka melalui taman ini.

Taman ini berada di tempat strategik laluan murid-murid untuk ke tandas dan ke kantin. Di samping itu, di taman ini juga mempunyai unsur teknologi di mana terdapat pohon yang dijadikan Augmented Reality dan Kod QR.

Apabila Taman Ilmu Matematik ini siap sepenuhnya, guru-guru Matematik boleh menjalankan aktiviti Pembelajaran di luar bilik darjah dengan membawa murid-murid ke taman ini.

Antara aktiviti Pembelajaran luar bilik darjah seperti mengukur, mengira perimeter, mengenal ciri-ciri bentuk-bentuk dimensi dan 3 dimensi, aktiviti ekplorasi nombor dan lain-lain.

Jom kita lihat hasilnya.

Profil:

Nama: Saifulnizan Che Ismail

Tarikh lahir: 26 Disember 1982

Asal: Kota Bharu, Kelantan

Guru subjek: Matematik serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Sekolah: SK Raja Bahar

Pendidikan:

Ijazah Sarjana Muda (sains) Komputer 2000-2005 UTM Skudai Johor

Sarjana Pendidikan (Matematik) 2005-2007 UTM Skudai Johor (Anugerah tokoh Alumni - Majlis PraGraduan UTM)

KPLI Matematik 2008 Institut Perguruan Teknik Cheras KL (Anugerah Graduan Terbaik Akademik)

Pencapaian

2020

  1. Ikon Guru TMK Peringkat Kebangsaan
  2. Anugerah Guru Juara Digital Peringkat Kebangsaan
  3. Top 5 I Can School Challenge Peringkat Kebangsaan
  4. Penulis Buku “Genius DSKP Matematik Tahun 4 Resos Guru’ Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd.
  5. “i-RobotK” Inovasi Robot Koordinat Telah Mendapat Pingat Emas dan Best of The Best  Innovation in Teaching & Learning di International Competition Educational Innovation and Research.
  6. “i-RobotK” Inovasi Robot Koordinat Telah Mendapat Pingat Platinum di International Summit of Innovation & Design Exposition.
  7. Be The Change Singapura 2020
  8. Johan Guru Inovatif Negeri Kelantan 2020

2019

  1. Guru Edufluencer KPM
  2. Johan Model Pembelajaran dan Pengajaran Matematik Asia Tenggara, Yogyakarta, Indonesia
  3. Ke-10 Utama finalis DFC Malaysia.
  4. Anugerah Penyelidikan Pendidikan Yayasan Guru Tun HUssein Onn (YGTHO)
  5. Johan Guru Inovatif Kategori Individu Sekolah Rendah Peringkat Negeri Kelantan
  6. Guru Adiwira Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Bharu Anugerah Citra Bitara
  7. Sekolah Cemerlang ICT PPD Kota Bharu Anugerah Citra Bitara
  8. Tempat Ke-3 Cabaran Inovasi Inklusif Zon Timur
  9. Pingat Emas International Summit of Innovation & Design Exposition
  10. Pingat Emas Persidangan Kebangsaan Amalan Terbaik Pembelajaran dan Pemudahcaraan & Pertandingan Inovasi Institut Perguruan (IPG) Kota Bharu, Kelantan
  11. Pingat Emas Kelantan International Learning & Innovation Exhibition
  12. Best of the Best Teaching and Learning Kelantan International Learning & Innovation Exhibition.
  13. Pingat Emas Invention, Innovation Competition & Exhibition Terengganu
  14. Pembentang Kertas Kerja di International Conference on Global Education VII, Padang, Indonesia.
  15. Pembentang Kertas Kerja di di International Conference on Teaching Education & Learning, Bali, Indonesia

2018

  1. Anugerah 1bestarinet Teacher Award (Guru Inspirasi)
  2.  Naib Johan Guru Inovatif Kategori Individu Sekolah Rendah peringkat kebangsaan
  3. Johan Kategori Sekolah Rendah Kempen Hour of Code peringkat kebangsaan
  4. Johan Kategori Media Terbaik Kempen Hour of Code peringkat kebangsaan
  5. Tempat Ketiga Pertandingan Rekabentuk Robot Sumo Karnival STEM peringkat negeri Kelantan

2017

  1. Guru Cemerlang Matematik
  2. Johan Anugerah 1bestarinet Teacher Award
  3. Johan Guru Inovatif Individu Sekolah Rendah peringkat negeri Kelantan
  4.  Anugerah Guru Cemerlang ICT peringkat negeri Kelantan
  5. Pengurusan Makmal Komputer Terbaik peringkat negeri Kelantan

2016

  1. Johan Anugerah 1bestarinet Teacher Award (Kreativiti)
  2. Special Mention Anugerah 1bestarinet Teacher Award (Karakter)
  3. Guru Advokasi Emas Frogasia
  4. Pengurusan Makmal Komputer Terbaik peringkat negeri Kelantan

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok