voice-typing-google-docs
voice-typing-google-docs

Ciri ‘voice typing’ dalam Google Docs bantu pelajar ambil nota dengan mudah

Adlan Farhan Azwan
23 Mar 2022 03:25pm
A
A
A

April ini, negara akan masuk ke fasa endemik tetapi masih ramai pelajar yang terpaksa menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi mengekang penularan kes Covid-19.

Namun, ramai juga pelajar yang sudah menyesuaikan diri dengan proses pembelajaran norma baharu ini malah pelbagai kaedah telah diperkenalkan kepada pelajar agar memudahkan proses pembelajaran.

Kali ini, Sinar Bestari kongsikan satu ciri menarik yang terdapat dalam Google Docs bagi memudahkan penyalinan nota secara dalam talian.

Baca juga

Tutorial membuat laporan kehadiran dalam Google Meet ketika PdPR

Cara mudah edit tugasan atau kerja sekolah guna format PDF

‘Voice typing’ merupakan ciri berguna yang tersedia pada Google Docs dan hanya terdapat dalam penyemak imbas Chrome.

Namun, ciri seperti arahan suara untuk mengedit, pemformatan dan tanda baca hanya tersedia dalam bahasa tertentu.

Cara menggunakan ‘voice typing’ dalam Google Docs

1. Buka Google Docs menggunakan Google Chrome

2. Klik pada bahagian ‘Tools’ dan pilih ‘Voice Typing’

3. Jika pelajar sudah bersedia untuk menggunakan ‘voice typing’, klik ikon mikrofon pada bahagian kiri.

4. Pastikan suara yang dihasilkan boleh didengari dengan baik.

5. Klik pada ikon mikrofon semula jika pelajar sudah habis menyalin nota.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Cara mengedit ‘voice typing' dalam Google Docs

Jika pelajar perlu membetulkan kesilapan semasa menggunakan ciri ‘voice typing’, gerakkan kursor ke bahagian yang memerlukan pembetulan dan tambahkan mana-mana teks yang mungkin pelajar terlupa dengan bercakap.

Jika terdapat sebarang perkataan atau frasa yang digariskan dalam warna kelabu yang tidak betul, klik butang kanan pada tetikus untuk melihat senarai cadangan daripada Google Docs.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok