Dedah pelajar SMK Tokai latihan kebakaran
Dedah pelajar SMK Tokai latihan kebakaran

Dedah pelajar SMK Tokai latihan kebakaran

webadmin
31 Dec 2020 01:21am
A
A
A

PENDANG - Seramai 324 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tokai diberi pendedahan berkaitan latihan memadam kebakaran kecil oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pendang.

Pembantu Pegawai APM Pendang, Lt Norashikin Ahmad Zawawi berkata, latihan ini penting bagi memastikan pelajar mempunyai ilmu apabila berlaku kebakaran.

“Anggota APM turut menunjukkan demonstrasi memadam kebakaran kecil,” katanya.

Selain demonstrasi, pelajar turut diberi peluang mencuba dan mempraktikkan sendiri cara memadam api.

“Perkara sebegini adalah sangat penting bagi memastikan mereka tidak cemas apabila kejadian sebegini berlaku,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok