1117043
1117043

Dr Noraini tinjau operasi PPV IPT terkini di USIM

webadmin
06 Jul 2021 04:21pm
A
A
A

NILAI - Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berpuas hati dengan persiapan dan operasi yang telah dilakukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam menguruskan Pusat Pemberian Vaksin Institusi Pengajian Tinggi (PPV IPT) terkini yang beroperasi di Dewan Tuanku Canselor USIM.

Beliau memberi ulasan sedemikian setelah melakukan tinjauan lebih sejam di PPV IPT Mega USIM.

Pusat ini boleh memuatkan sehingga 400 penerima vaksin pada satu-satu masa dengan tempoh operasi bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang.

“Untuk permulaan, sebanyak 1,500 suntikan akan diberikan di PPV IPT Mega USIM ini. Jumlah ini akan ditingkatkan sehingga 3,000 penerima vaksin sehari apabila bekalan vaksin tiba nanti. Terima kasih kepada Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Mohamed Ridza Wahiddin dan Pengarah PPV IPT Mega USIM, Prof Dr Muhammad Shamsir Mohd Aris yang telah bertungkus lumus menjayakan operasi PPV IPT ini.

“Selain daripada petugas Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), MyVac, RELA, dan Angkatan Pertahanan Awam (APM), seramai 80 petugas dari USIM yang terdiri daripada 60 kakitangan perubatan dan 20 bukan perubatan turut terlibat dalam pengoperasian PPV IPT,” katanya.

Dalam sidang media selepas lawatan tersebut juga, Dr Noraini turut memuji inisiatif yang dilakukan oleh Pentadbir USIM melalui Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas USIM (PRAGMATIS) dalam menyediakan keselesaan kepada orang ramai yang datang ke sini.

Dewan Tuanku Canselor yang menjadi PPV IPT Mega USIM mempunyai kapasiti maksimum sebanyak 30 kaunter suntikan vaksin dengan 60 pemberi vaksin disediakan.

Secara purata sebanyak 300 hingga 400 vaksin mampu diberikan dalam masa satu jam apabila ia beroperasi dalam kapasiti maksima.

Sebagai PPV IPT Mega pertama yang beroperasi di Negeri Sembilan, ia akan menjadi lokasi utama bagi rakyat Negeri Sembilan khususnya yang berada di daerah Seremban.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok