Guru Cemerlang kongsi jalan pintas skor A+ Kimia SPM 2022
Guru Cemerlang kongsi jalan pintas skor A+ Kimia SPM 2022

Guru Cemerlang kongsi jalan pintas skor A+ Kimia SPM 2022

Roshlawaty Md Raieh
26 Aug 2022 06:47pm
A
A
A

Bagaimana mahu skor A+ dalam subjek Kimia?

Adakah calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu mengulang kaji pelajaran sepanjang masa dan mengingati semua formula yang diberi oleh cikgu mata pelajaran tersebut?

Guru Cemerlang Kimia, Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah, Cikgu Hairul Nizam Omar berkata, ada beberapa tip penting yang perlu calon SPM hadamkan sekiranya mahu mendapat A+ dalam Kimia.

“Tip yang saya kongsikan ini cukup mudah dan boleh diikuti oleh pelajar dan juga guru.

“Diharapkan ia memberi manfaat pada semua dan menjadi rujukan serta panduan kepada calon peperiksaan nanti,” katanya kepada Sinar Bestari.

Seterusnya, mari ikuti lapan tip mudah skor A+ Kimia cara Cikgu Hairul Nizam.

1) Ketahui format kertas SPM

  • Kertas 1 mengandungi 40 soalan objektif (40 markah)
  • Kertas 2 pula ada tiga bahagian iaitu
  • Bahagian A - Lapan soalan struktur (60 markah)
  • Bahagian B - Dua soalan, pilih satu sahaja (20 markah)
  • Bahagian C - Satu soalan, wajib jawab (20 markah)
  • Kertas 3 merupakan Ujian Amali Bersepadu yang menguji beberapa konstruk Kemahiran Proses Sains. Semua pelajar dikehendaki melaksanakan amali bagi tujuan mendapatkan data seterusnya menjawab soalan (15 markah).
  • Untuk mendapat A+, pelajar perlu mendapat markah minimum: Kertas 1 (35 markah), Kertas 2 (80 markah) dan Kertas 3 (14 markah)

2) Kuasai konsep asas Kimia

Penting untuk semua pelajar menguasai konsep asas Kimia. Antaranya

  • Formula dan persamaan kimia seimbang
  • Jenis zarah dan zarah subatom
  • Pengiraan stoikiometri
  • Definisi bagi beberapa istilah Kimia
  • Asas pembentukan sebatian
  • Asid, bes dan garam
  • Aplikasi bahan kimia dan buatan dalam kehidupan seharian

3) Latih soalan topikal dan aras konstruk soalan

  • Buat latihan topikal berdasarkan bidang pembelajaran
  • Analisis item - bagus untuk murid mengenal pasti konsep yang tidak faham
  • Pelajar mesti kuasai soalan aras aplikasi. Pelajar boleh menumpukan soalan berbentuk pengiraan dan soalan aplikasi dalam kehidupan seharian.

4) Ulang kaji tajuk yang killer

  • Keseimbangan redoks – kuasai sel kimia dan sel elektrolisis
  • Sebatian kimia
  • Asid, bes dan garam

5) Pulun latih tubi Kertas 1

  • Latihan kertas 1 sangat penting. Buat soalan-soalan percubaan bagi negeri-negeri lain. Pastikan markah mendapat sekurang-kurangnya 35.
  • Selain itu, kertas 1 juga boleh menjadi alat pengesan untuk pelajar mengetahui bab mana yang menjadi miskonsepsi mereka.
  • Berdasarkan jawapan pelajar, pelajar boleh analisis item bab yang belum diulang kaji dan dikuasai sepenuhnya.

6) Kuasai semua eksperimen

  • Biasanya soalan Kimia berdasarkan eksperimen yang dilaksanakan di dalam makmal.
  • Pelajar mesti menganalisis setiap eksperimen yang telah dilaksanakan.
  • Kuasai inferens bagi semua pemerhatian.
  • Kuasai konsep bagi eksperimen yang disoal.

7) Kuasai soalan KBAT dan aras tinggi

  • Pelajar mesti mempunyai kemahiran analisis soalan yang tinggi.
  • Cuba buat latihan soalan dan banding beza berdasarkan dua situasi.
  • Pelajar juga perlu menguasai soalan berbentuk reka cipta dan kewajaran.

8) Belajar guna akronim atau mnemonic

Di sini, cikgu berkongsi cara mudah untuk menghafal ujian kation menggunakan petua tangan kanan dan tangan kiri. Pelajar mudah faham dan pembelajaran kimia menjadi lebih mudah.

INFO

Anugerah dan pencapaian Cikgu Hairul Nizam sepanjang bergelar pendidik

1) Anugerah Khas KPM: Guru PdPR Kebangsaan 2021

2) Ahli Lembaga Program Asasi Teknologi Kejuruteraan UNiMAP 2021

3) Jurulatih Utama Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Kimia Kebangsaan 2020

4) Penulis Buku Modul A+ Kimia (2021 & 2022)

5) Pingat emas Pertandingan Pengajaran (PiP) Peringkat Antarabangsa 2020

6) Pengasas program video #Dosa-dosa Kimia (2019 hingga 2022)

Artikel berkaitan 

Pernah hampir dibuang universiti akibat gagal subjek Kimia, Cikgu Hailmi kini guru cemerlang Sains

3 pelajar wakili Malaysia ke Myanmar. Doakan kejayaan mereka!

Guru SK Rumbia buat kejutan. Sepakat bermesyuarat di dalam kereta api, kreatif sungguh!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok