Untitled-1
Untitled-1

Hati-hati pendrive palsu, 3 aplikasi boleh membantu para guru menyemak kapasiti sebenar

Mohd Khairi Mohamad Yusri
08 Oct 2021 10:46am
A
A
A

Pada masa kini, banyak dijual pemacu kilat USB atau nama popularnya ‘pendrive’ palsu yang boleh di dapati pasaran. Harga yang ditawarkan membuatkan ramai terasa ia seperti ‘deal of the year’.

Bayangkanlah, pemacu berjenama Kingston berkapasiti 128GB boleh didapati dengan harga serendah RM10 sahaja, berbanding harga asal sekitar RM60 - RM70.

Namun, anda jangan terpengaruh kerana kapasiti pemacu-pemacu kilat USB palsu ini bukanlah kapasiti sebenar. Angka yang anda lihat itu adalah ‘hiasan’ semata-mata.

Jika anda memasukan fail di dalam pemacu tersebut, fail-fail tadi akan serta-merta rosak dan tidak dapat diakses.

Untuk mengelakan anda tertipu, pastikan barang yang dibeli adalah dari kedai rasmi sahaja dan harganya tidaklah terlalu ‘tidak masuk akal’. Tetapi jika anda sudah terbeli, apa yang GPSBestari cadangkan adalah menyemak semula saiz sebenar pemacu tersebut agar anda tahu fail apa yang boleh disimpan di dalamnya.

Di bawah ini disenaraikan tiga aplikasi yang boleh digunakan untuk menyemak kapasiti sebenar pemacu anda.

1. H2testw

Sejak sekian lama, H2testw memang sudah dikenali sebagai aplikasi untuk memeriksa pendrive bagi melihat kapasiti sebenar.

Tetapi disebabkan ia dibangunkan pada 2008, di mana ketika itu ukuran pemacu USB adalah lebih kecil. Imbasan yang dilakukan oleh H2testw mungkin akan mengambil masa selama beberapa jam atau hari pada pemacu USB yang berkapasiti besar.

Kaedah yang digunakan dalam H2testw mungkin dirasakan sangat perlahan tetapi ia masih merupakan salah satu kaedah yang paling efektif dan boleh dipercayai.

Ditambah pula dengan ujian yang dilakukan oleh aplikasi ini amatlah selamat dan tidak menghilangkan fail kerana ia hanya memeriksa ruang kosong yang ada pada pemacu. Namun disarankan untuk menggunakan H2testw pada peranti yang baru sahaja diformat kerana dengan cara ini pemacu akan diperiksa sepenuhnya.

H2testw berfungsi dengan menulis fail sebesar 1GB ke ruang kosong dan kemudian membacanya kembali. Sekiranya data yang dibaca tidak sama dengan yang ditulis, ia akan memberi tahu pemacu USB tersebut mungkin bermasalah.

Selain intu, pengguna juga dapat memilih jumlah data khusus untuk ditulis, ini amat berguna jika anda mengesyaki pemacu anda mungkin mempunyai kapasiti tertentu.

Setelah selesai, perisian akan meninggalkan redod pengujian di dalam komputer.

Sekiranya anda mempunyai masa dan mahukan ujian yang sangat teliti, disarankan untuk menggunakan H2testw.

2. FakeFlashTest

Utiliti FakeFlashTest adalah dari pembangun alat USB serbaguna RMPrepUSB. Salah satu komponen RMPrepUSB adalah ujian pantas untuk memeriksa kesihatan pemacu kilat USB dan kapasiti sebenar. Tidak seperti beberapa alat semakan yang lain, FakeFlashTest boleh dikatakan agak baru dan mempunyai kaedah yang lebih sesuai untuk pemacu kilat USB masa kini.

Aplikasi cuba menyelesaikan masalah utama yang berlaku di H2testw iaitu mengambil masa terlalu lama untuk menyemak kapasi yang besar. Ujian pertama yang boleh anda jalankan adalah ujian cepat, ia akan menulis dan membaca 512 bit data pada selang masa yang ditetapkan di seluruh pemacu dan sehingga selesai dalam masa yang singkat.

Ujian kedua adalah serupa dengan kaedah yang digunakan H2testw iaitu menulis ke ruang kosong pada pemacu kemudian membacanya kembali untuk mengesahkan. Prosesnya telah dioptimalkan untuk menyelesaikan tugas lebih cepat daripada H2testw, fail yang ditulis dibaca pada selang 3GB, 5GB, 9GB dan 17GB. Ini bermaksud bahawa jika pemacu USB yang baru dibeli mempunyai kapasiti 4GB, anda akan mendapatkan jawapan selepas software ini tidak dapat membaca fail yang mempunyai kapasiti 5G dan tidak akan cuba membaca fail yang lain.

Namun software ini akan merosakkan apa-apa fail yang ada di pemacu USB, jadi pastikan semua fail tersebut telah disandarkan.

3. Flash Drive/Card Tester

Flash Drive / Card Tester disenaraikan oleh pembangunnya sebagai alat generik untuk menguji pemacu kilat atau kad SD yang sangat berguna untuk mengesan pemacu USB berkapasiti palsu.

Ia berfungsi dengan cara yang serupa dengan H2testw dengan menulis data ke peranti, membacanya kembali dan kemudian membandingkan keduanya untuk perbezaan. Sebarang kesilapan menunjukkan masalah pada pemacu.

Untuk menjalankan ujian penuh pilih pemacu kilat anda dari drop-down dan pilih jenis ujian "write, read and compare", kemudian mulakan ujian.

Sekiranya anda tidak mempunyai masa untuk menjalankan ujian penuh pada pemacu besar atau perlahan, data boleh ditulis ke pemacu sekarang dan dibandingkan kemudian menggunakan jenis ujian berasingan Tulis dan kemudian Baca. Flash Drive / Card Tester boleh didapati di laman web secara rasmi dengan menyediakan setup installer.

Akhir sekali, nasihat kami adalah sentiasa berhati-hati dalam membeli barang serta pastikan barang yang dibeli itu adalah tulen.

Source: raymond.cc/

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok