HomeGen ZIkonMengenang jasa Bapa Pendidikan Malaysia, Aminuddin Baki

Artikel Berkaitan

Mengenang jasa Bapa Pendidikan Malaysia, Aminuddin Baki

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai kualiti pendidikan terbaik di dunia.

Ini dapat dibuktikan berdasarkan kajian daripada Forum Ekonomi Dunia pada tahun 2018 yang mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang menduduki tangga ke-19 lebih baik dalam bidang pendidikan berbanding negara maju seperti Jepun di tangga 31, Perancis di tangga 26 dan United Kingdom di tangga 20.

Baca juga

Profesor Dr Zafir Khan Mohamed Makhbul dinobatkan Tokoh Akademik Bahasa Melayu

Pakar Sejarah Tokoh Terbilang, Prof Datuk Dr Ramlah Adam sifatkan mata pelajaran Sejarah menarik untuk dipelajari

Menurut kajian, pelajar antarabangsa dari negara Arab dan Asia Ocenia juga menjadikan Malaysia sebagai negara pilihan bagi mereka melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi.

Umumnya, kejayaan sebegini tidak datang bergolek, pasti ada pelopor yang bekerja keras dalam memajukan bidang pendidikan negara sehingga dapat mencapai ke tahap ini. 

Aminuddin Baki, nama yang tidak asing lagi dalam sejarah pendidikan negara adalah orang yang banyak berjasa dan merupakan Bapa Pendidikan Malaysia.

Kredit foto: Orang Perak

Dilahirkan pada 6 Januari 1926 di Chemor, Perak dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu.

Kemudian, Aminuddin belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson, Perak pada tahun 1936 hingga 1941.

Selepas itu, beliau mendapat tawaran menyambung pelajaran di peringkat pengajian tinggi di Universiti Malaya, Singapura.

Beliau pun berhijrah ke sana dan melanjutkan pelajaran sehingga berjaya meraih Ijazah Kepujian Sarjana Sastera.

Selepas menamatkan ijazah di Singapura, Aminuddin menjadi guru sementara di Sekolah Inggeris Sultan Yusuf kemudian, berkhidmat di Sekolah Anderson hingga tahun 1952. 

Ketika berkhidmat sebagai guru, beliau mendapat tajaan pengajian bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan di Institut Pendidikan, Universiti London, lalu beliau menyambung pengajian sehingga tahun 1953.

Di London, beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Kaedah-kaedah dalam bidang pendidikan.

Setelah pulang ke tanah air, Aminuddin mendapat tawaran untuk berkhidmat sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim.

Di sana, beliau memperkenalkan silibus baru yang tidak terdapat dalam sukatan pelajaran iaitu Sejarah Islam.

Sepanjang hayatnya, Aminuddin banyak menabur bakti kepada negara.

Mengikut kronologi sejarah pada tahun 1955, Aminuddin adalah individu yang terlibat dalam penyediaan Laporan Pendidikan Razak.

Manakala, pada tahun 1960, beliau terlibat dalam penyediaan Laporan Abdul Rahman Talib.

Pada tahun 1962 pula, Aminuddin dilantik menjadi Ketua Pegawai Pendidikan Selangor.

Pada masa sama, beliau merupakan Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia yang kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan. Ini merupakan jawatan terakhir beliau sebelum menghembuskan nafas terakhir pada usia 39 tahun.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Seterusnya beliau terlibat dalam penubuhan Lembaga Peperiksaan Malaysia pada tahun 1963 dan mewujudkan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Pengorbanan beliau dalam dunia pendidikan negara berjaya mendapat pengiktirafan dari pihak United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) sebagai perancang pendidik yang berpandangan jauh dan bijaksana.

Sumber: Orang Perak

Artikel Terkini