Screenshot (46)
Screenshot (46)

Ingin salin teks daripada gambar? Gunakan Live Text yang ada pada iPhone anda

Adlan Farhan Azwan
25 Jan 2022 03:37pm
A
A
A

Pandemik Covid-19 telah menukar landskap pembelajaran bagi pelajar tidak kira sekolah rendah, menengah, mahupun pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Kebanyakan tugasan diberikan pula memerlukan bantuan teknologi dan capaian internet yang bagus malah menjelang tahun baru ini, ramai pelajar sudah menyesuaikan diri dengan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

Bagi pengguna telefon pintar Apple, anda sebenarnya mempunyai ciri yang boleh memudahkan urusan kerja seharian.

Tahukah anda ada cara yang lebih mudah untuk mendigitalkan nota tulisan tangan menggunakan iPhone yang dipanggil Live Text.

Baca juga Pelajar robotik tukar lightning port iPhone X menjadi USB type-C, kemudian jual pada RM 357,721

Baca juga Cara mudah edit tugasan atau kerja sekolah guna format PDF

Live Text ialah ciri yang membolehkan iPhone menyalin dan menampal foto daripada teks menggunakan kamera. Live Text, yang diumumkan pada persidangan Worldwide Developers Conference (WWDC), hadir sebagai salah satu ciri baharu yang tersedia dalam sistem pengoperasian (OS) terbaru Apple, iOS 15.

Menyalin dan menampal teks daripada imej bukanlah ciri baharu untuk telefon pintar. Pengguna Android mungkin sudah biasa dengan fungsi ini, tetapi bagi berpuluh-puluh juta orang yang menggunakan iPhone, anda harus menaik taraf kepada iOS 15 dengan segera untuk memanfaatkan ciri ini.

Live Text mempunyai sedikit perbezaan berbanding Google Lens, kerana anda boleh menggunakannya pada bila-bila masa kerana iPhone telah dilengkapkan dengan ciri untuk mengenali maklumat yang berguna. Ia dijadikan alat produktiviti yang berguna untuk menyalin nota tulisan tangan atau teks daripada imej dan kemudian mendigitalkannya.

Kredit foto: CNET

Live Text: Cara menyalin dan menampal teks daripada foto

1. Pastikan iPhone telah dikemas kini dengan iOS 15.

2. Halakan kamera pada subjek yang mempunyai sebarang teks yang ingin anda salin. Kemudian, garis kuning di sekeliling teks akan muncul.

3. Tekan pada ikon Live Text di bahagian bawah sebelah kanan untuk berinteraksi dengan mana-mana teks di paparan skrin, pilih teks yang ingin disalin dengan menekan ke bawah, sama seperti yang anda lakukan dalam Nota atau mesej teks. Kemudian tekan Salin.

4. Kini anda boleh menampal teks ini ke dalam aplikasi lain seperti Gmail atau Nota.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Sama seperti Google Lens, Live Text juga boleh mencari teks dalam imej yang disimpan dalam aplikasi Foto. Sebagai contoh, jika terdapat nombor telefon dalam salah satu imej yang disimpan, anda boleh menggunakan ciri ini untuk mendail nombor itu, atau jika terdapat perkataan Perancis, anda boleh menterjemahkannya ke Bahasa Inggeris.

Sumber: CNET

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok