Ini yang pelajar Tingkatan Lima buat selepas berakhirnya SPM, netizen terkejut dan tak percaya
Ini yang pelajar Tingkatan Lima buat selepas berakhirnya SPM, netizen terkejut dan tak percaya

Ini yang pelajar Tingkatan Lima buat selepas berakhirnya SPM, netizen terkejut dan tak percaya

Suzana Hassan
30 Mar 2021 05:28pm
A
A
A

Ini yang pelajar Tingkatan Lima buat selepas berakhirnya SPM, netizen terkejut dan tak percaya

Ramai yang mengandaikan bahawa pelajar kelas belakang tidak mampu menempa kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

Walaupun sudah berusaha dengan keras, namun masih ada kata-kata yang kurang menyenangkan dilemparkan pada pelajar ini.

Bagi anak-anak ini, biarlah apa orang nak kata, yang penting mereka sudah belajar dan berusaha memberi yang terbaik dalam SPM.

Cikgu Mohamad Yusof Sulehin dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Nusa Damai, Pasir Gudang, Johor berkata, terdapat banyak keistimewaan pelajar kelas belakang yang ramai tidak tahu.

“Kebanyakan daripada mereka sangat hormat pada cikgu dan orang tua.

“Mereka tidak sombong dan bukan jenis yang berlagak. Paling saya kagum, pelajar-pelajar ini sangat rajin membantu tanpa mengharap apa-apa balasan,” ujarnya.

Kata beliau, ada satu kisah menarik tentang pelajar kelas belakang yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan SPM baru-baru ini.

“Saya pasti, ramai yang akan terkejut bila melihat apa yang anak-anak ini buat selepas tamat SPM,” katanya.

Ikuti perkongsian tersebut yang dikongsi oleh Cikgu Mohamad Yusof menerusi laman facebooknya, minggu lalu.

*****

Hari ini (3 Mac 2021) budak-budak ‘kelas belakang’ habis SPM.

Walaupun ‘kelas belakang’ tapi mereka-mereka inilah yang rajin tegur cikgu-cikgu kat luar. Kalau jumpa kat pasar malam, sebatu mereka dah jerit ‘cikggguuuu…’, siap berebut nak salam cium tangan cikgu. Dalam kepala saya sentiasa tersemat mereka-mereka ini adalah anak-anak yang cemerlang kemenjadian dan sahsiah mereka.

Hari ini last mereka periksa dan alhamdulillah, pelajar-pelajar akhiri sesi persekolahan mereka dengan sujud syukur.

Tiada tarian atas motor, tiada aksi gunting baju atau aksi merempit tak tentu hala.

Ya, mereka mengakhiri SPM mereka dengan ingat pada Tuhan.

Tahun ini juga pelajar-pelajar berkenaan diuji dengan Covid-19. Kerana itu, saya mohon rakan followers saya...doakan semoga semua anak-anak pelajar yang menduduki peperiksaan SPM tahun ini akan lulus dengan cemerlang dan menjadi manusia yang berguna.

Saya yakin dalam ramai-ramai kawan followers saya, mesti ada yang mustajab doanya. Ya Tuhan, perkenankanlah doa kami.

Sumber: Facebook Muhammad Yusof

Artikel menarik

Pelajar SMK Sultan Mansor, Hakim Danish sasar lima terbaik Kejohanan Idemitsu Asia Talent Cup 2021

Cikgu Mardiana kongsi teknik mudah bagi calon menjawab Kertas 2 Biologi SPM

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok