iconic7
iconic7

7 bangunan ikonik di dunia, terap pelbagai konsep unik, moden dan berteknologi tinggi

Nor Azma  Muhamat Laila
21 Feb 2022 04:31pm
A
A
A

Melihat kepada menara pencakar langit dan seni bina moden yang ada di dunia pada hari ini sudah tentunya menimbulkan rasa kagum dengan idea yang dihasilkan arkitek, seterusnya diterjemahkan menjadi realiti oleh pasukan pembinaan yang terlibat.

Jika menyorot kepada senarai bangunan dan menara ikonik yang dibina beratus tahun dulu pastinya tergambar Piramid Giza di Mesir, Colosseum di Rom, Itali atau Menara Eiffel di Paris, Perancis.

Kecanggihan teknologi yang ada hari ini pula membolehkan lebih banyak bangunan berkonsepkan moden dan berteknologi tinggi di bina di serata dunia seperti Burj Khalifa di Dubai yang menjadi menara tertinggi di dunia.

Bersesuaian dengan topik seni bina yang diketengahkan Sinar Bestari minggu ini, kami kongsikan tujuh bangunan ikonik di dunia yang menerapkan konsep unik, moden dan berteknologi tinggi untuk tatapan pembaca.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Burj Khalifa, Dubai

Burj Khalifa mempunyai ketinggian 828 meter atau bersamaan dengan 160 tingkat. Pembinaan Burj Khalifa bermula pada 2004 dan dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010. Firma Skidmore, Owings dan Merrill, LLP (Chicago) telah bertanggungjawab dalam membina bangunan megah ini.

Kini, Burj Khalifa menjadi pusat projek pembangunan pelbagai kegunaan secara besar-besaran yang merangkumi 30,000 buah rumah, sembilan buah hotel termasuklah Hotel The Address Downtown Burj Dubai, kawasan taman seluas tiga hektar, sekurang-kurangnya 19 buah menara perumahan, pusat beli-belah Dubai Mall dan Tasik Burj Khalifa buatan manusia seluas 12 hektar.

Gambar hiasan daripada internet.

Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur

Menara Merdeka 118 menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa dan tertinggi di Asia Tenggara.

Nama Merdeka dipilih bersempena lokasinya yang terletak berhadapan tapak warisan Stadium Merdeka yang menyaksikan detik sejarah terpenting bagi Malaysia iaitu pengisytiharan kemerdekaan pada tahun 1957.

Dari segi reka bentuk pula, puncak menara Merdeka 118 simbolik kepada bentuk tangan Bapa Kemerdekaan, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang dijulang tinggi ketika melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali manakala nombor ‘118’ pula menandakan jumlah tingkat menara tersebut.

Gambar hiasan daripada internet.

Pusat Perdagangan Dunia Bahrain

Berketinggian 40 meter, mempunyai 50 tingkat, kompleks menara berkembar ini terletak di Manama, Bahrain. Direka oleh firma seni bina Atkins, pembinaan menara itu telah siap pada 2008. Ia merupakan bangunan pencakar langit pertama di dunia yang mengintegrasikan turbin angin ke dalam reka bentuknya. Turbin angin telah dibangunkan, dibina dan dipasang oleh syarikat Denmark Norwin Amerika Syarikat.

Gambar hiasan daripada internet.

The Amazon Spheres, Amerika Syarikat

The Amazon Spheres ialah tiga konservatori sfera yang terdiri daripada sebahagian daripada ibu pejabat Amazon di Seattle, Washington, Amerika Syarikat. Direka oleh NBBJ dan firma landskap Site Workshop, tiga kubah kacanya berfungsi sebagai ruang istirahat pekerja dan ruang kerja. Kompleks ini dibuka kepada pekerja Amazon dan akses awam terhad pada 30 Januari 2018.

Gambar hiasan daripada internet.

Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing, Beijing

Sebuah lapangan terbang antarabangsa yang terletak di sempadan Beijing dan Langfang, Wilayah Hebei. Lapangan terbang ini adalah lapangan terbang antarabangsa kedua Beijing dan popular dengan nama 'starfish' kerana reka bentuknya seakan-akan tapak sulaiman. Ia telah siap dibina pada 30 Jun 2019 dan mula beroperasi pada 26 September 2019.

Gambar hiasan daripada internet.

Apple Park, California

Apple Park ialah ibu pejabat korporat Apple Inc yang dibuka kepada pekerja pada April 2017. Rekaan bangunan berbentuk bulat ini mendapat nama samaran ‘The Spaceship’ dan berkeluasan 360 ekar. Ia menempatkan lebih 12,000 pekerja dalam satu bangunan bulat empat tingkat seluas kira-kira 0.26 km2 (64 ekar).

Gambar hiasan daripada internet.

Marina Bay Sands, Singapura

Marina Bay Sands merupakan sebuah resort berintegrasi yang berhadapan dengan Teluk Marina di Singapura. Tempat ini dibangunkan oleh Las Vegas Sands dan dikatakan antara hartanah berbentuk kasino yang termahal di dunia. Dibuka secara rasmi pada 23 Jun 2010 dan mempunyai 2,561 bilik.

Artikel berkaitan

Mendidik dan mahir menjahit, Cikgu Salina antara guru vokasional yang serba boleh

Sekolah Vokasional Gwadar Pakistan siap dibina 

Tambah baik program TVET KPLB agar selari dengan kehendak industri


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok