photomath (1)
photomath (1)

Aplikasi terbaik yang mesti ada dalam telefon pintar pelajar

Mohd Khairi Mohamad Yusri
12 Aug 2021 07:03pm
A
A
A

Kewujudan teknologi pada hari ini menyebabkan hampir semua perkara mampu diakses dengan hanya menggunakan hujung jari.

Aktiviti seharian juga menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. Ini termasuklah aktiviti pembelajaran di mana terdapat banyak aplikasi yang ditawarkan secara percuma bagi memastikan seorang pelajar mampu memahami sesuatu subjek dengan lebih baik.

Jadi, hari ini GPSBestari menyenaraikan beberapa aplikasi terbaik yang boleh membantu pelajar meningkatkan pemahaman masing-masing dan juga untuk menyelesaikan tugasan-tugasan yang diberikan oleh guru.

1) Office Lens

aplikasi terbaik

Office lens merupakan sebuah aplikasi yang dikeluarkan oleh Microsoft untuk memudahkan anda menyimpan dokumen ‘hardcopy’ menjadi sebuah dokumen digital. Kini, anda tidak perlu lagi bersusah payah mengimbas kertas-kertas latihan di mesin pencetak.

Menggunakan aplikasi ini, pelajar hanya perlu imbas dokumen yang diinginkan dengan menggunakan telefon pintar sahaja. Mungkin ada yang berfikiran adalah lebih baik menggunakan kamera telefon sahaja. Benar, anda juga boleh menggunakan kamera telefon, namun jika anda mahukan hasil yang sangat kemas dan mudah dibaca, gunakan Office Lens!

Selain mempunyai fungsi pengimbas, Office Lens akan mendigitalkan nota di papan putih ataupun papan hitam dan semuanya akan kelihatan sangat jelas.

Baca juga: 8 Aplikasi yang boleh membantu anda menjadi seorang pelukis

Baca juga: Pelajar Jurusan Perakaunan ditawarkan dermasiswa 1 juta

2) WPS Office

aplikasi terbaik WPS Office

Sebelum ini, aplikasi WPS Office dikenali sebagai Kingsoft Office. Ia adalah sebuah aplikasi yang akan membolehkan penggunanya membuka, menyunting dan berkongsi fail secara langsung pada telefon atau tablet.

Oleh kerana ia sebuah aplikasi sumber terbuka, semua ciri yang ditawarkan WPS Office adalah ciri premium, tetapi boleh digunakan secara percuma.

Pengguna boleh menggunakan semua fungsi yang ada seperti membuka dan menyunting dokumen, spreadsheet dan slaid.

Selain itu, aplikasi ini juga menyokong kebanyakan format yang paling banyak digunakan ketika membuat dan menyunting fail iaitu DOC, DOCX, TXT, XLS, XLSX, PPT, PPTX dan PDF.

Ikuti GPSBestari di twitter

3) OneDrive

aplikasi terbaik Microsoft OneDrive

Aplikasi ini adalah perkhidmatan storan awan yang juga dikeluarkan oleh Microsoft. Dengan menggunakan aplikasi ini, semua dokumen, gambar dan fail lain seperti Word, Excel, PowerPoint di peranti Android, iOS serta komputer, boleh dikongsi dengan mudah walau di mana sahaja anda berada.

OneDrive menyediakan jumlah storan awan yang agak besar iaitu 5GB secara percuma. Namun, ia boleh dinaik taraf sehingga 1TB dengan hanya melanggan Office 365 sahaja.

4) Kahoot!

Kahoot!

Kahoot! adalah sebuah aplikasi yang membolehkan penggunanya belajar tentang banyak topik yang berbeza sambil berseronok dengan permainan trivia yang ditawarkan.

Dalam permainan trivia di Kahoot! pengguna hanya mempunyai beberapa saat untuk menjawab setiap soalan. Jadi, tiada siapa pun yang boleh bermain tipu dengan mencari jawapan di internet. Di akhir permainan, sesiapa yang mempunyai skor tertinggi akan menjadi pemenang.

Oleh itu, Kahoot! merupakan antara satu cara yang bagus untuk mempelajari topik yang berbeza kerana ia menawarkan permainan trivia yang menyeronokkan. Perkara yang paling menarik ialah anda boleh bertanding menentang rakan kelas, iaitu siapa yang paling faham tentang sesuatu topik.

5) Photomath

aplikasi terbaik Photomath

Photomath pula adalah sebuah aplikasi yang akan membantu dalam mata pelajaran Matematik. Pelajar perlu menyelesaikan masalah matematik dengan hanya menunjukkan jawapan di kamera sahaja.

Apa yang menarik, Photomath membolehkan penggunanya untuk melihat transkrip lengkap langkah demi langkah operasi untuk mencari penyelesaian. Jadi, semua penggunanya boleh melihat langkah kerja bagaimana jawapan boleh dicapai.

Semoga perkongsian ini mampu memberi manfaat kepada para pelajar.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok