Mesyuarat antara exco Mabopa berkaitan Educational Publisher Malaysia yang diadakan di Petaling
Mesyuarat antara exco Mabopa berkaitan Educational Publisher Malaysia yang diadakan di Petaling

Bincang inovasi terkini dunia penerbitan buku pendidikan

Rasyidah Zulkifi
08 Aug 2022 09:40am
A
A
A

SHAH ALAM - Penggunaan buku teks ketika sesi pembelajaran oleh guru dan murid telah diamalkan sejak dahulu lagi.

Ini kerana, banyak kebaikan menggunakan buku teks antaranya mengenal pasti sukatan pelajaran yang sesuai dengan murid, dijadikan bahan rujukan untuk subjek tertentu apabila tenaga pengajar tidak mempunyai kemahiran serta sebagainya.

Naib Presiden, Persatuan Penerbit Buku Malaysia (Mabopa), S Sivabalan berkata, sudah menjadi amalan sistem pendidikan di negara ini yang menggunakan buku teks sepenuhnya ketika sesi pembelajaran berlangsung.

Walaupun begitu, tambah beliau, dengan zaman teknologi yang semakin canggih hari ini bagaimanakah penggunaan buku teks dapat membantu menaikkan pencapaian pendidikan negara?

Mesyuarat antara exco Mabopa berkaitan Educational Publisher Malaysia yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

“Pada zaman di mana semua penggunaan peralatan digital digunakan sepenuhnya, Mabopa melihat perkara ini sebagai satu isu yang perlu ditangani dengan kadar segera.

“Sehubungan itu, pada 9 Ogos ini, Mabopa akan menganjurkan webinar Educational Publisher Malaysia bagi membincangkan inovasi terkini dalam dunia penerbitan buku pendidikan di peringkat antarabangsa serta keperluan golongan sasar termasuk guru dan murid berkenaan peralihan teks pendidikan kepada platform digital,” katanya ketika ditemui barubaru ini.

Ujar beliau lagi, program yang julung kali diadakan itu akan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 5.30 petang, membabitkan pembentangan lebih daripada 24 panel pakar penerbitan dan pendidikan khususnya dari negaranegara maju dalam bidang teknologi dan pendidikan.

Antara panel yang akan terlibat ialah Pengarah Pendidikan dan Kemahiran Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Dr Andreas Schleicher; Presiden International Publishers Association (IPA), Bodour Al Qasimi; Pengerusi IPA Stephan de Valk dan ramai lagi penerbit luar yang berpengalaman luas dari Finland, Korea Selatan dan Singapura.

Sementara itu, Sivabalan berkata, webinar itu turut mengalu-alukan penyertaan daripada wakil guru dan pihak ibu bapa bagi membincangkan berkaitan akses dan kemudahan dalam pembelajaran menggunakan buku teks.

“Perbincangan mengenai isu ini sangat penting bagi membolehkan penerbit buku teks memainkan peranan dalam membantu meningkatkan tahap pencapaian pendidikan di negara ini,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyertai forum berkenaan dan untuk maklumat lanjut, boleh layari https://www.epf.mabopa.com.my/.

Artikel berkaitan 

Buku teks Sejarah Tingkatan 4 patuhi semua proses penerbitan – KPM

Galak budaya inovasi dalam kalangan pelajar 

Peranan Guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak lahirkan modal insan holistik


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok