Untitled designInovasi ciptaan 10 pelajar jadi pilihan juri, ini pesanan guru pembimbing kepada anak-anak kreatif ini
Untitled designInovasi ciptaan 10 pelajar jadi pilihan juri, ini pesanan guru pembimbing kepada anak-anak kreatif ini

Inovasi ciptaan 10 pelajar jadi pilihan juri, ini pesanan guru pembimbing kepada mereka

Roshlawaty Md Raieh
23 Sep 2022 05:48pm
A
A
A

Setelah mengharungi pelbagai cabaran, akhirnya inovasi yang dihasilkan 10 pelajar Tingkatan Tiga, Sekolah Menengah Sains (SMS) Pasir Puteh, Kelantan terpilih ke fasa terakhir dalam Pertandingan DIY Made Simple 2022.

Pasukan inovasi SMS Pasir Puteh itu telah mencipta Autonomous Mask Buster yang berfungsi menyedut pelitup muka yang dibuang merata-rata sekali gus mensanitasi kawasan tersebut.

Penciptaan inovasi itu secara tidak langsung dapat mengelakkan sentuhan terhadap pelitup muka yang telah diguna pakai.

Guru pembimbingnya iaitu Guru Cemerlang, Cikgu Norasma Mohamed Salleh berkata, kejayaan pasukan inovasi ini telah membanggakan dan menggembirakan warga sekolah.

Ini kerana, bukan mudah untuk sebuah pasukan inovasi terpilih ke fasa terakhir. Banyak perkara yang dinilai oleh juri sebelum membuat keputusan memilih pasukan tersebut ke peringkat seterusnya.

“Pelbagai cabaran dilalui oleh 10 pelajar ini dalam menyiapkan inovasi Autonomous Mask Buster. Mujurlah mereka tidak mudah mengalah.

Latihan yang berterusan adalah antara kekuatan pasukan ini terus mencipta kejayaan.

“Sebagai salah seorang guru pembimbing, sudah tentulah saya berbangga dengan usaha keras mereka selama ini.

“Harapan saya agar anak-anak didik dapat membawa pulang kejayaan cemerlang dalam pertandingan tersebut,” ujarnya.

Selain Cikgu Norasma, turut menjadi guru pembimbing bagi pasukan ini ialah Guru Cemerlang, Dr Salbiah Mohamed Salleh dan Dr Nurdiyana Zainal Abidin (mentor dari UM).

Seterusnya, dua pentadbir sekolah ini iaitu Dr Zalina Zakaria (pengetua) dan Cikgu Abd Aziz (Penolong Kanan Kokurikulum) adalah antara individu yang banyak memberi sokongan terhadap pasukan inovasi SMS Pasir Puteh.

Guru Pembimbing bagi pasukan inovasi SMS Pasir Puteh iaitu Cikgu Norasma (kanan) dan Cikgu Salbiah (kiri).

Pertandingan DIY Made Simple 2022 yang bertemakan ‘Facing The New Normal, School Transformation’ merupakan program kerjasama MR DIY dan Universiti Malaya (UM) melalui UMCares dengan usahasama Kementerian Pendidikan (KPM).

Ia bertujuan memupuk kemahiran Do-It-Yourself dalam kalangan pelajar di seluruh negara sekali gus memupuk semangat untuk menjadikan persekitaran sekolah lebih baik.

Sementara itu, ketua kumpulan pasukan inovasi, Anis Dayana Mohd Zulkafli berkata, beberapa perancangan dan penambahbaikan sedang dilakukan terhadap Autonomous Mask Buster sebelum ia dibawa ke UM tidak lama lagi.

“Penambahbaikan ini adalah hasil perbincangan semua ahli pasukan dan guru pembimbing. Diharap penambahbaikan tersebut dapat menarik perhatian juri kelak,” ujarnya.

Selain Anis Dayana, turut menganggotai pasukan inovasi SMS Pasir Puteh ini ialah Fatini Humaira Mohd Hakimi, Izyan Hanis Mohd Rozaimi, Leen Firzaini Fadhil Uzuan, Maryam Amanda Jeslene Mazuki, Nik Nur Aibahira Nik Azizi, Nur Ain Syahzanani Norhuzaini, Nur Amelin Izzati Mohd Roki, Nur Dhaniyah Mohd Dosuki dan Siti Nur Nabihah Mohd Torek.

Artikel berkaitan 

Projek Kumpulan Tranquila SMS Pasir Puteh dapat sambutan hangat, tak sangka ini guru pembimbingnya!

4 perkara penting dalam penulisan pelaporan inovasi, sila hadam!

Status OKU penglihatan bukan penghalang buat Cikgu Iran Shah cipta inovasi lancarkan PdP


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok