HomeGen ZInovasiPensyarah latih mahasiswa label spesies tumbuhan guna kaedah imbasan kod QR

Artikel Berkaitan

Pensyarah latih mahasiswa label spesies tumbuhan guna kaedah imbasan kod QR

Universiti Malaysia Sabah (UMS) melancarkan projek imbasan kod QR untuk menyimpan sebanyak 15 data spesies tumbuhan rintis taman botani secara digital di Pusat Kebudayaan Walai Tobilung, Kota Marudu, Sabah.

Program itu diadakan selama dua hari dibantu oleh dua mahasiswa sebagai fasilitator iaitu Dayang Fairuzzimah dan Camelia Martin. 

Inisiatif tersebut merupakan gabungan kerjasama Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) UMS, Dr Jurry Foo dengan Kumpulan ‘QR Code Project UMS 2.0’, Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP), dan pusat kebudayaan berkenaan. 

Baca juga

Inovasi produk kesihatan dan kecantikan berasaskan herba berjaya dihasilkan oleh penyelidik UMS

PKLM UMS, Yayasan Sabah cipta kerjasama dalam usaha konservasi pemuliharaan Hutan Lembah Danum

Menurut Jurry, projek itu bertujuan memberi pendedahan dan latihan kepada mahasiswa di bawah seliaannya untuk mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari di universiti kepada masyarakat setempat selain memindahkan ilmu kepada komuniti.

Tambahnya, kesemua 15 imbasan kod QR yang mengandungi maklumat tumbuhan yang dihasilkan oleh para peserta telah dimuat naik ke platform Facebook Walai Tobilung.

“Semoga kemahiran dan pengetahuan asas yang diperolehi melalui program ini dapat digunakan komuniti untuk merekod spesies tumbuhan lain yang ada di pusat kebudayaan ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Jury sedang berusaha mendapatkan peruntukan untuk menghasilkan lebih banyak siri projek imbasan kod QR.

Katanya lagi, ketika ini beliau menggunakan sumber kewangan peribadi untuk menampung kos projek tersebut.

Begitupun, Jury berpuas hati  kerana dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ahli akademik untuk berkongsi ilmu dan menyumbang kepakaran kepada masyarakat.

Sementara itu,  Pengasas Pusat Kebudayaan Walai Tobilung, Janes Kansirong meluahkan rasa kesyukuran atas kejayaan penganjuran projek ‘QR Code UMS 2.0’ yang disertai warga pusat kebudayaan berkenaan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Menurutnya, inisiatif ini dilihat mampu memberikan nilai tambah kepada Walai Tobilung yang kebetulan sedang dalam penilaian pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi mendapat pengiktirafan Geopark Kinabalu.

Jelas Janes, ‘QR Code Project UMS 1.0’ yang dijalankan Jurry dan kumpulan pelajarnya di Taman Budaya dan Inovasi Kundasang (TABIK) menarik perhatiannya untuk melabelkan spesies tumbuhan Walai Tobilung menggunakan teknik yang sama.

“Saya yakin bahawa pendigitalan maklumat sangat relevan dalam industri pelancongan budaya norma baharu,” ujarnya.

 

Artikel Terkini