241523654_10220600108461443_7141884450777853542_n
241523654_10220600108461443_7141884450777853542_n

Inspirasi! Ramai yang nak tahu bagaimana pasukan inovasi KV Sungai Petani 2 menang besar di Indonesia. Ini kata pengarahnya…

Roshlawaty Md RaiehRoshlawaty Md Raieh
20 Sep 2021 02:55pm

Anda memang hebat!

Ucapan ini ditujukan buat pasukan inovasi Kolej Vokasional (KV) Sungai Petani 2, Kedah, yang telah membawa pulang dua pingat emas, lima perak dan tiga gangsa pada pertandingan International Agritech Great Competition (IAGC) Indonesia, baru-baru ini.

Pasukan yang diketuai Cikgu Razis Rahim itu turut menerima Anugerah Khas: Pemenang Pilihan (Kategori Makanan - Favourite Winner) pada pertandingan yang diadakan secara maya itu.

Berkata kepada GPSBestari, Pengarah KV Sungai Petani 2, Majmin Md Noor memberitahu, pasukan inovasi itu diwakili 11 pelajar dan lima pensyarah sebagai pembimbing.

“Semua peserta terdiri daripada pelajar dan pensyarah Program Seni Kulinari dan Program Perkhidmatan Penyediaan Makanan (SKM-PPM).

“KV Sungai Petani 2 adalah wakil tunggal KV Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan telah menghantar 10 penyertaan produk inovasi (satu kategori Alam Sekitar dan sembilan kategori Makanan).

“Sebagai pengarah, sudah tentu saya gembira dan bangga dengan apa yang dirangkul oleh mereka malah kejayaan ini jelas memperlihatkan kehebatan idea dan kemahiran pelajar KV KPM adalah setanding dengan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada dalam atau luar negara,” ujarnya yang berharap kejayaan cemerlang itu akan menyuntik semangat warga kolej untuk terus menghasilkan lebih banyak lagi produk inovasi pada masa hadapan.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

IAGC adalah pertandingan inovasi dan penulisan saintifik bidang Agro Teknologi yang dianjurkan Universiti Brawijaya, Indonesia, bermula 12 Julai hingga 12 September lalu.

Pertandingan yang julung kali dianjurkan secara dalam talian itu mengetengahkan empat kategori utama iaitu Makanan, Alam Sekitar, Tenaga serta Sains & Teknologi.

Bertemakan “Building Innovative Millennial Generation to Create Sustainable Agro-industry 4.0” pertandingan ini diadakan bertujuan menggarap idea dan menggalakkan belia khususnya pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif bagi menghasilkan produk inovasi berasaskan industri agro yang dilihat berupaya untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Sebanyak 247 penyertaan telah bertanding pada pertandingan IAGC disertai pelajar institusi pengajian tinggi dalam dan luar Indonesia yang bermula daripada peringkat pengajian diploma sehinggalah ijazah sarjana muda dan Malaysia diwakili KV Sungai Petani 2 dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sistem penjurian dan penganugerahan pingat bagi pertandingan IAGC berdasarkan kedudukan markah iaitu kedudukan 1 hingga 4 dianugerahkan pingat emas , kedudukan 5 hingga 7, perak dan kedudukan 8 hingga 10 pingat gangsa.

Baca juga Cikgu alami 5 petanda ini kerana tidak bergerak dengan secukupnya? Rupa-rupanya ini jalan penyelesaiannya

Baca juga Gerbang Pembelajaran Digital SK Taman Kepong kini jadi rujukan ramai. Tahniah buat warga sekolah!

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp