Kejayaan Husna dicapai di bawah bimbingan dua guru halaqah, Ustazah Suria Adha dan Ustazah Farhana.
Kejayaan Husna dicapai di bawah bimbingan dua guru halaqah, Ustazah Suria Adha dan Ustazah Farhana.

Pelajar SBPI Rawang khatam hafazan 30 juzuk al-Quran! 'Pengorbanan Husna akhirnya terbayar'

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
20 Feb 2026 04:03pm

Berjaya khatam hafazan 30 juzuk al-Quran bukanlah pencapaian biasa. Ia memerlukan disiplin tinggi, fokus berterusan dan usaha tanpa jemu.

Baru-baru ini, pelajar Tingkatan Lima, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SBPI) Rawang, Selangor, Husna Syarifuddin mencatat kejayaan luar biasa apabila menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran.

Kejayaan ini dicapai di bawah bimbingan dua guru halaqah, Ustazah Suria Adha dan Ustazah Farhana.

Menurut perkongsian rasmi sekolah, Husna memulakan hafazan pada 5 April 2022 dan khatam pada 24 Januari 2026.

"Tahniah kepada Husna. Semoga anakanda terus istiqamah dalam murajaah hafazan dan mengamalkan ajaran al-Quran serta as-Sunnah," kongsi hantaran itu pada Sabtu.

Selain Husna, ramai pelajar Malaysia turut mencatat kejayaan mengagumkan dalam hafazan.

Pelajar Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 2026, Ainin Saheela Anuar berjaya menamatkan hafazan dalam tujuh bulan sahaja dengan jumlah 10 kali khatam.

Sahabat sekolejnya, Muhammad Ariffin Ibrahim Ali turut berjaya menamatkan hafazan dalam 13 bulan dengan tujuh kali khatam.

Kejayaan mereka menonjolkan bahawa dengan tekad, disiplin dan doa, tidak ada apa yang mustahil.

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Berjaya khatam hafazan 30 juzuk al-Quran memerlukan disiplin tinggi, fokus berterusan dan usaha tanpa jemu
  • Pelajar Tingkatan Lima SBPI Rawang, Husna Syarifuddin mencatat kejayaan menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran
  • Kejayaan Husna dicapai dengan bimbingan dua guru halaqah, Ustazah Suria Adha dan Ustazah Farhana
  • Husna memulakan hafazan pada 5 April 2022 dan khatam pada 24 Januari 2026
  • Pelajar lain seperti Ainin Saheela Anuar dan Muhammad Ariffin Ibrahim Ali juga mencatat kejayaan mengagumkan dalam hafazan
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp