visual-stories-micheile-f030K9IzpcM-unsplash (1)
visual-stories-micheile-f030K9IzpcM-unsplash (1)

Jangan terburu-buru buat keputusan belajar di luar negara, fikirkan 4 perkara ini dulu

Mohd Khairi Mohamad Yusri
23 Jul 2021 05:30pm
A
A
A

Mungkin ramai di kalangan kita menyimpan cita-cita untuk melanjutkan pengajian di luar negara.

Mana tidaknya apabila belajar di luar negara, adik-adik mampu untuk merasai sendiri pengalaman-pengalaman budaya di negara luar yang sebelum ini hanyalah mampu dilihat di kaca tv atau YouTube sahaja.

Selain itu, ada juga yang ingin menggunakan kesempatan belajar di negara asing sebagai satu cabaran untuk melatih diri untuk menjadi seorang yang lebih bersifat terbuka dengan pelbagai idea.

gambar hiasan

Namun ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan berkenaan jika tidak mahu menyesal di kemudian hari.

Jadi hari ini Sinar Bestari ingin berkongsi beberapa tips dari bekas pelajar Malaysia di luar negara iaitu Dr Azuraida Shahadan mengenai beberapa perkara yang perlu difikirkan sebelum membuat keputusan memilih untuk belajar di luar negara.

1. Kenal pasti negara mana yang ingin dituju

Ketahui sama ada negara tersebut mempunyai musim atau pun tidak, serta kos pengajian di negara tersebut sama ada rendah atau pun tinggi.

Bagi yang inginkan negara yang mempunyai kos pengajian yang rendah, anda mungkin boleh pergi ke Singapura, Indonesia, Thailand ataupun mana-mana negara yang berhampiran Malaysia.

gambar hiasan

Tetapi jika ingin belajar di tempat yang jauh, negara seperti Britain, Amerika Syarikat ataupun Arab Saudi.

2. Kenal pasti negara mana yang menawarkan pendidikan percuma

Sebenarnya untuk belajar di luar negara, banyak wang yang perlu dikeluarkan untuk menampung kehidupan di sana kelak.

Namun tahukah anda, terdapat banyak negara yang menawarkan polisi pendidikan percuma dan tidak mengenakan sebarang yuran pengajian kepada semua pelajar tanpa mengira kewarganegaraan.

gambar hiasan

Antara negara yang mengamalkan polisi ini adalah German, Norway, Austria, Finland, Czech dan banyak lagi.

Namun, bagi negara-negara yang menyediakan pendidikan percuma ini kebanyakannya tidak menggunakan Bahasa Inggeris dan mempunyai bahasa tersendiri.

Jadi mana-mana rakyat Malaysia yang mahu pergi ke negara-negara tersebut wajib belajar bahasa negara tersebut.

3. Berapa lama tempoh pengajian yang disediakan oleh universiti

Jika tempoh pengajian mengambil masa yang terlalu lama, selalunya ia akan memakan banyak kos dan menyebabkan terlalu banyak masa, tenaga dan wang Ringgit dihabiskan.

gambar hiasan

Jadi, jika hendak menyambungkan pengajian di luar negara, ambil tahu universiti manakah yang menawarkan tempoh pengajian yang paling singkat sesuai dengan bajet anda.

4. Bantuan kewangan

Ini penting bagi memastikan anda terus mempunyai kewangan yang kukuh.

Pastikan anda mendapat keputusan yang bagus sejak dari semester pertama di universiti bagi membantu anda memohon bantuan kewangan seperti biasiswa dan sebagainya.

Dan jangan lupa mengambil bahagian dalam mengejar ‘award’ yang ditawarkan di luar negara, kerana ‘award’ tersebut selalunya datang dalam bentuk wang.

gambar hiasan

Jadi wang-wang tersebut mampu membantu meningkatkan kewangan anda ketika belajar di luar negara.

Akhir sekali, 4 perkara di atas perlu lah difikirkan sebelum anda membuat keputusan untuk menyambung pengajian anda sama ada di dalam ataupun di luar negara.

Dan jangan lupa juga selesai sahaja pengajian kelak, berbaktilah kepada negara kita yang tercinta ini.

Sumber: MLStudio

Artikel berkaitan

6 tip sambung belajar di luar negara, perkongsian pelajar Universiti Islam Madinah, Arab Saudi

Mimpi jadi realiti, Nur Diyanah luah rasa terharu berpeluang ikut program pertukaran pelajar

Teringin belajar di Jepun, ini antara biasiswa yang pelajar boleh cuba mohon


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok