Digi 01 (1)
Digi 01 (1)

Future Skills For All buka peluang bagi pelajar kelainan upaya belajar pengaturcaraan

Mohd Khairi Mohamad Yusri
14 Dec 2021 12:21pm
A
A
A

SHAH ALAM - Dalam usaha menjadikan kemahiran dan modul digital lebih inklusif untuk semua, Digi dan Future Skills For All (FS4A) bakal menyediakan latihan pengaturcaraan untuk guru-guru dari Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) sebagai persediaan tenaga kerja masa hadapan.

Digi telah mengedarkan set mikro:bit kepada MFD untuk memudahkan sesi latihan ini. Inisiatif perintis ini membantu Digi menilai dengan lebih baik keperluan komuniti pekak dan menambah baik modul FS4A sedia ada agar lebih inklusif.

FS4A ialah platform yang memberi akses mudah kepada pembelajaran kemahiran digital bagi pelajar sekolah secara percuma.

Sebagai langkah awal dalam usaha ini, interpretasi bahasa isyarat dimasukkan ke dalam modul video Asas Sains Komputer dan akan dikembangkan kepada modul lain secara berperingkat.

Beberapa istilah pengaturcaraan yang baharu kepada komuniti pekak akan ditafsirkan secara kreatif, selain daripada mengeja istilah tersebut menggunakan ejaan jari.

Ketua Bahagian Kelestarian Digi, Philip Ling berkata, kolaborasi ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Digi untuk mengurangkan ketidaksamaan di kalangan komuniti yang kurang diberi perhatian.

“Dengan tenaga kerja masa hadapan yang semakin digital, pengaturcaraan sememangnya salah satu aset penting untuk dikuasai oleh pelajar daripada usia muda. Justeru, inisiatif ini menjadikan ilmu pengaturcaraan lebih mudah diakses oleh pelajar pekak sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk bersiap siaga menghadapi masa hadapan.

BACA JUGA: Persiapan sekolah 2022: LZS agih RM32.6 juta

BACA JUGA: PU Riz jadi guru sementara, sumbang LCD bernilai RM15,000

“Kami mengalu-alukan kerjasama dengan lebih banyak entiti dengan visi yang sama untuk mewujudkan persekitaran yang inklusif bagi kanak-kanak meneruskan pembelajaran digital dan meningkatkan kemahiran mereka,” ujarnya.

Selaras dengan komitmen Yellow Heart Digi untuk meningkatkan penyertaan digital dan memperkasa masyarakat, program FS4A memberi kemahiran digital kepada kanak-kanak Malaysia terutamanya daripada komuniti yang kurang diberi perhatian.

Program ini merupakan inisiatif bersama dengan ARUS Academy, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Kementerian Pendidikan dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Baru-baru ini, FS4A memperkenalkan kempen #BolehCode untuk mencetuskan minat terhadap pengaturcaraan dalam kalangan pelajar sekolah melalui pertandingan, program cuti sekolah, bengkel dan siri video serta program pensijilan.

Penekanan yang sewajarnya juga diberikan untuk memastikan bahan pembelajaran tersebut mempunyai pilihan pelbagai bahasa selain bahasa isyarat.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok