New Project
New Project

5 Sistem operasi komputer yang paling banyak digunakan di seluruh dunia

Mohd Khairi Mohamad Yusri
14 Sep 2021 05:50pm
A
A
A

Saat menggunakan komputer atau telefon kepunyaan anda, pasti merasakan ia sangat cantik dan mudah digunakan, bukan?

Bagaimanapun, apabila melihat komputer atau telefon rakan anda, mungkin anda akan mendapati ia sangat berbeza dengan apa yang dilihat di peranti sendiri. Pelik bukan?

Ia sebenarnya bukan perkara yang luar biasa, sebaliknya perkara ini berlaku kerana peranti mereka menggunakan sistem operasi yang berbeza daripada sistem anda. Ini kerana, mereka mungkin menggunakan macOS dan anda menggunakan Windows di mana kedua-dua sistem ini sangatlah berbeza antara satu sama lain.

Terdapat lima jenis sistem operasi utama dan selalu digunakan di seluruh dunia yang berfungsi untuk menjalankan telefon, komputer, atau peranti mudah alih lain seperti tablet. Justeru itu, hari ini GPSBestari ingin berkongsi lima jenis sistem operasi yang sering digunakan di dalam peranti di seluruh dunia.

1. Microsoft Windows


OS Windows telah wujud sejak tahun 1980-an dan mempunyai beberapa versi serta kemas kini (termasuk Windows 95, Windows Vista, Windows 7/8/10 dan lain-lain). Microsoft Windows adalah sebuah sistem operasi yang paling popular di dunia dan dipasang pada kebanyakan komputer baharu di seluruh dunia. Dengan setiap kemas kini, Microsoft sentiasa berusaha meningkatkan pengalaman pengguna, hardware dan perisian, yang membuatkan Windows lebih mudah diakses dan digunakan.

Microsoft Windows mengandungi panel kawalan, desktop dan “desktop assistant”, pembersihan cakera, “event viewer” dan banyak lagi. Ramai pengguna mengemari Windows kerana kebanyakan perisian popular menyokong sistem ini.

2. Apple macOS


macOS merupakan seteru utama Windows. Ini kerana kedua-dua sistem operasi operasi ini adalah berstatus proprietari, iaitu semua konsep, rekaan, kemas kini, dan penjualan adalah di bawah tanggungjawab syarikat yang menciptanya, dan pengguna tidak boleh untuk mengubah apa-apa sistem di dalamnya. Komputer Apple dan Macintosh adalah contoh komputer yang menggunakan sistem macOS dan OS X, yang pertama kali dilancarkan pada 20 tahun lalu. Terdapat juga versi atau kemas kini sebelumnya yang merangkumi:

Kodiak (OS X 10 Beta)
Lion (OS X 10.7)
Mountain Lion (OS X 10.8)
Mavericks (OS X 10.9)
Yosemite (OS X 10.10)
El Capitan (OS X 10.11)
Sierra (macOS 10.12)
High Sierra (macOS 10.13)
Mojave (macOS 10.14)
Catalina (macOS 10.15)
Big Sur (macOS 11)

OS ini juga terkenal dan digemari oleh para penggunanya kerana sistemnya yang sangat mudah digunakan. Selain itu, kelajuan pemprosesan yang cepat, dan antara muka (interface)desktop yang ringkas adalah sebab utama pengguna terus meminati macOS.

3. Google Android OS


Google's Android OS digunakan di dalam telefon pintar dan tablet mudah alih. Secara asasnya sistem Android adalah berdasarkan Linux dan juga perisian sumber terbuka (open sources) yang lain. Android telah mendapat populariti yang semakin meningkat sejak dilancarkan sebagai alternatif kepada iOS untuk pengguna telefon pintar dan terus meningkat popularitinya dengan kemas kini baharu dan fungsi yang menarik.

4. iOS
iOS adalah sebuah sistem operasi mudah alih yang digunakan secara eksklusif untuk iPhone, iaitu antara peranti mudah alih yang paling popular di dunia. iOS mempunyai kemas kini yang kerap, dan selalu menawarkan fungsi baharu untuk pengguna.

Ramai pengguna menyukai antara muka (interface) pengguna yang unik dengan isyarat sentuhan, dan kemudahan penggunaan yang ditawarkan iOS. Sistem operasi ini juga membolehkan peranti Apple lain untuk berhubung, memberikan pengguna sambungan yang sangat mudah ke peranti lain.

5. Linux

Linux adalah berbeza dengan Windows dan Apple kerana ia bukan perisian proprietari, tetapi ia berkonsepkan sistem sumber terbuka. Dengan kata lain, sesiapa sahaja boleh mengubah dan menyebarkannya, tanpa dikenakan sebarang bayaran.Linux mungkin yang paling tidak popular dalam senarai ini, tetapi sistem ini adalah 100 peratus percuma dan tersedia dalam pelbagai versi. Linux terkenal kerana kemudahan penyesuaian dan menawarkan pelbagai pilihan kepada mereka yang memahami cara menggunakannya. Sekiranya anda tahu bagaimana menyesuaikan dan bekerja dengan sistem operasi, Linux adalah pilihan yang ideal.


sumber: wgu.edu

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok