HomeGen ZKemahiranBelajar bahasa pengaturcaraan Python secara percuma

Artikel Berkaitan

Belajar bahasa pengaturcaraan Python secara percuma

Bahasa pengaturcaraan merupakan sebahagian silibus yang dipelajari penuntut jurusan teknologi maklumat (ICT).

Bidang ini menawarkan pelbagai peluang pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan.

Baca juga

Pelajar Malaysia masih ketinggalan dalam kemahiran digital – Coursera

UMK dan Microsoft anjur program Code; Without Barriers, transformasi sosio-ekonomi digital di Kelantan

Python adalah salah satu bahasa pengaturcaraan yang dimaksudkan.

Disebabkan ilmu itu luas, pemegang Sarjana Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Izzuddin Yussof juga tidak terkecuali mempelajari kemahiran menggunakan Python.

Menurutnya, beliau mendapat pengetahuan itu secara percuma melalui internet sahaja.

Difahamkan, Python adalah bahasa pengaturcaraan yang mempunyai banyak fungsi dan paling banyak digunakan.

“Python paling senang untuk pemula belajar pengekodan.

“Kenapa? Sebab bahasa dia macam bahasa Inggeris.

“Bak kata sesetengah orang, tak banyak ‘cacing’ atau simbol yang pelik-pelik,” katanya.

Menurutnya, Python sesuai jika seseorang ingin membuat skrip, analisis perniagaan, laporan automatik dan belajar kecerdasan buatan (AI).

“Memandangkan memang tujuan saya ke arah itu, jadi, Python menjadi bahasa pengaturcaraan pertama yang saya belajar.

“Melalui Python, saya mula biasa dengan algoritma bahasa pengaturcaraan,” katanya.

Justeru, Izzuddin menggalakkan pelajar yang berminat dalam bidang tersebut supaya membaca buku ‘Automate the Boring Stuff with Python’ secara percuma dalam talian.

“Kalau memang serius nak belajar pengaturcaraan, saya sarankan belajar Python dulu.

“Sistem penulisannya akan menjadikan kita lebih ‘berdisiplin’ dalam membuat pengekodan.

“Jadi ia akan membiasakan kita untuk menulis kod dengan kemas,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Antara kelebihan lain mempelajari Python adalah mudah difahami, fleksibel dan meningkatkan produktiviti.

Justeru, kepada anda yang berminat belajar pengaturcaraan, boleh mula ‘berkenalan’ dengan Python terlebih dahulu.

 

Artikel Terkini