marvin-meyer-SYTO3xs06fU-unsplash (1)
marvin-meyer-SYTO3xs06fU-unsplash (1)

Cari jurnal kajian terdahulu dengan mudah menggunakan 7 laman sesawang ini

Mohd Khairi Mohamad Yusri
02 Nov 2021 03:42pm
A
A
A

Bagi pelajar universiti, apabila pensyarah memberikan tugasan untuk buat kerja khusus ataupun kajian, pastinya kajian tersebut perlu disokong oleh kajian-kajian lepas yang berautoriti serta boleh dipercayai.

Ini sangat penting demi memastikan kajian yang anda buat sekadar syok sendiri dan tidak mempunyai apa-apa penyelesaian yang signifikan terhadap perkara yang dikaji.

Untuk itu, kini banyak kampus yang menyediakan akses kepada banyak perpustakaan digital antarabangsa dalam memastikan para pelajarnya dapat mencari bahan rujukan dengan mudah dan percuma. Namun mungkin tidak semua bahan yang dikehendaki dapat dijumpai di dalam perpustakaan yang disediakan tadi.

Tetapi jangan risau, kerana terdapat banyak lagi perpustakaan digital yang menyediakan sumber rujukan serta kajian yang boleh didapati dengan percuma. Oleh itu, berikut disenaraikan beberapa laman sesawang yang boleh anda pergi jika mahu mencari sumber rujukan.

1. academia.edu

Antara senarai yang ada adalah melalui laman web academia.edu. Di sini disediakan banyak bahan rujukan berbentuk jurnal dalam bahasa Inggeris dan Melayu.

Anda perlu daftar terlebih dahulu bagi menggunakan laman web secara percuma.

2. Google Scholar

Ia merupakan enjin pencarian google bahan rujukan. Di sini ia bukan sahaja disediakan bahan jurnal tetapi ada juga keratan jurnal, buku rujukan dan sebagainya.

3. PQDT Open

Dengan PQDT Open, anda boleh membaca teks penuh disertasi akses terbuka dan anda boleh menggunakan secara percuma.

4. OATD.org

ATD.org menjadi sumber terbaik untuk mencari tesis yang diterbitkan di seluruh dunia.

Anda boleh dapatkan tesis yang berasal lebih dari 1100 kolej, universiti, dan institusi penyelidikan. OATD kini mengindeks 4,939,202 tesis dan jurnal.

5. JSTOR

Di sini JSTOR juga menyediakan akses kepada jurnal dan tesis daripada seluruh dunia yang anda boleh cari dan dijadikan sebagai bahan rujukan bagi FYP anda.

6. JURN

Di JURN anda boleh dapatkan pelbagai bahan rujukan seperti jurnal, tesis, artikel dan pelbagai lagi. Anda boleh gunakannya

7. Sciencedirect

Jika anda merupakan pelajar daripada kursus kejuruteraan, sciencedirect ini merupakan antara laman web yang anda boleh gunakan.

Jika anda ada senarai laman sesawang yang anda gunakan, anda boleh kongsikan dengan tinggalkan di bahagian komen di bawah. Terima kasih

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok