scott-graham-OQMZwNd3ThU-unsplash
scott-graham-OQMZwNd3ThU-unsplash

Gunakan strategi ini supaya cepat faham isi kandungan artikel jurnal

Mohd Khairi Mohamad Yusri
29 Jul 2021 08:21pm
A
A
A

Jika anda bergelar pelajar, pasti tidak dapat melarikan diri daripada membaca artikel jurnal, lagi-lagi jika anda sedang menjalani kursus pelajar tahun akhir mahupun seorang pelajar pascasiswazah.

Bahan bacaan sebegini sebenarnya agak berat untuk difahami dalam masa yang singkat, dan perlu ada strategi tersendiri untuk menguasai pembacaan jurnal yang betul.

Tahukah anda, artikel jurnal ini tidak boleh dibaca seperti membaca novel. Ini adalah kesalahan yang sering dilakukan oleh ramai pelajar, iaitu membaca dari kulit ke kulit tanpa cuba memahami perkara-perkara penting yang ada di dalam jurnal tersebut, sama ada boleh digunakan di dalam kajian anda mahupun sebaliknya.

Disebabkan kebanyak jurnal artikel yang selalu diperoleh adalah dalam bahasa Inggeris, maka adalah sangat penting untuk anda mengetahui setiap patah perkataan yang digunakan di dalam jurnal tersebut bagi memahami isi yang ditulis.

GPSBestari hari ini ingin berkongsi tentang strategi membaca jurnal yang betul untuk memastikan anda benar-benar faham akan isi yang ditulis.

gambar hiasan

01. Baca TAJUK

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menghadamkan setiap perkataan yang ada di dalam tajuk tersebut. Kalau diperhatikan, tajuk jurnal ini selalunya panjang-panjang, ini kerana untuk memudahkan pembaca mengetahui apakah fokus utama yang ingin disampaikan oleh pengarang jurnal tersebut.

Semua ini untuk memudahkan kita untuk mengetahui sama ada jurnal itu mempunyai kaitan atau pun tidak dengan projek kita.

02. Gerak ke ABSTRAK

Selepas mendapati tajuk jurnal tersebut sesuai dengan projek, perkara kedua yang perlu dilakukan adalah dengan membaca abstrak yang disediakan. Abstrak tersebut sebenarnya berguna sebagai gambaran ringkas isi kandungan jurnal tersebut yang selalunya ditulis dalam lebih kurang 250 patah perkataan.

Semua isi kandungan jurnal tersebut ada di dalam abstrak. Selepas membaca abstrak, anda bolehlah membuat keputusan sama ada kajian di dalam jurnal tersebut adalah menepati citarasa dan berguna di dalam projek anda.

Jika anda mendapati jurnal tersebut tiada kaitan dengan projek anda, bolehlah terus mencari jurnal lain lagi.

03. Lompat ke CONCLUSION

Okay, Abstrak dah lepas, lepas ni baca bahagian mana pula?

Disarankan untuk membuka muka surat yang terakhir untuk membaca bahagian conclusion kajian. Ini sangat penting jika semasa membaca jurnal, anda tersalah faham apa yang ingin disampaikan.

Pastikan apa yang ingin kajian tersebut cuba capai mempunyai kaitan dan berada dalam lingkungan dengan topik projek kita,Kalau lari jauh sangat, kita juga susah nak buat projek nanti, maklumlah bahan rujukan pun dah salah.

04. Scan dan fahami data dalam TABLES and FIGURES.

Perhatikan dengan teliti semua data-data yang dikumpul penulis. Data disini lebih direct dan mudah difahami.

gambar hiasan

05. Baca LITERATURE REVIEW

Kemudian, baca bahagian literature review. Bahagian ini adalah penjelasan yang lebih mendalam tentang kajian mereka.

Cuba juga tengok nama-nama pengarang lain yang dipetik dalam kajian mereka supaya anda boleh mengetahui siapakah nama-nama pakar dalam bidang.

06. Baca INTRODUCTION

Kembali ke muka surat yang pertama, baca introduction untuk fahami asas kajian tersebut.

Selalunya panjang introduction adalah pendek tetapi padat, disini anda boleh menjumpai objektif kajian dan apakah kepentingan kajian ini, semua info ini ada di dalam bahagian introduction.

07. Kaji RESULT & DISCUSSION

Selepas itu, anda bole pergi ke bahagian result & discussion, cuba fahami dengan mendalam segala ulasan dan hubung kait di dalam kajian ini.

Anda juga perlu sentiasa membandingkan kertas kajian ini dengan topik yang sedang anda kaji. Jangan pasif, membacalah dengan aktif!

08. Semak bahagian METHODS

Jika anda hendak mengkaji semula penemuan di dalam kajian tersebut, anda juga boleh membaca bahagian ini.

Selain, langkah-langkah diatas, anda boleh juga mengubah strategi membaca artikel jurnal mengikut kesesuaian dan keselesaan anda, kerana apa yang penting adalah isi kandungan terssebut dapat difahami.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat!

Sumber: noormaizan.com

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok