KPTM-Bangi-Sinarbestari-20222
KPTM-Bangi-Sinarbestari-20222

KPTM Bangi membudayakan inovasi, tingkat keupayaan ciptaan bermanfaat

nadzarul.amir
28 Oct 2022 02:54pm
A
A
A

Kelab Inovasi dan Kreativiti (KIK) Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi menyasarkan lebih ramai pensyarah, kakitangan pentadbiran dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) berkenaan melibatkan diri dalam penghasilan inovasi secara berterusan serta berimpak tinggi.

Pengerusinya, Khuraisah Mohd Nasir berkata, KIK dan KPTM Bangi melalui strategi pembudayaan dan pemerkasaan inovasi serta kreativiti secara konsisten berharap pelbagai inisiatif baharu dapat dibangunkan sekali gus meningkatkan kecekapan sesuatu proses atau penyampaian perkhidmatan di KPTM.

Tambah beliau, KIK sentiasa menggalakkan dan memberi sokongan kepada semua warganya untuk menyertai pertandingan inovasi termasuk di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

"Saya percaya semua pihak mempunyai pandangan atau idea untuk menambah baik dan meningkatkan kecekapan penyampaian sesuatu perkhidmatan atau produk namun mereka perlu mengambil satu langkah ke depan iaitu mengemukakan penyelesaiannya secara formal.

"Sehubungan itu, KIK melalui pelbagai program dalaman sentiasa membuka peluang kepada semua warga KPTM Bangi meningkatkan keupayaan penciptaan idea atau inisiatif strategik yang baharu, unik dan bermanfaat serta berfungsi seterusnya memberi manfaat kepada banyak pihak," katanya pada majlis Invention, Innovation and Entrepreneur Idea Exhibition 2022 (IIEE'22) di kampus KPTM Kuantan, Gambang, Kuantan Pahang baru-baru ini.

Tutur Khuraisah, pertandingan inovasi VICE (Virtual Innovation Competition Exhibition) yang dianjurkan KIK KPTM Bangi setiap tahun turut berjaya mencungkil bakat penciptaan dalam kalangan pensyarah, kakitangan pentadbiran dan pelajar.

Pada IIEE'22, sebanyak tiga inovasi baharu dalam kategori pengajaran dan pembelajaran (PdP) dibangunkan lima pensyarah KPTM Bangi berjaya meraih pelbagai anugerah pada acara yang julung kali diadakan itu.

Ia termasuk Capstone Group Reading Project, OM Pro Alert: Peranti Penggera Professional serta CampusGo.

Semua projek ini telah diguna pakai untuk menambah baik proses PdP.

Selain Khuraisah, pasukan inovasi KPTM Bangi turut disertai Amirah Aqilah Mohd Akhsan, Monaliza Iberahim, Noorashidah Mohd Hairani dan Nur Izatul Irani Selim.

Artikel Berkaitan

Inovasi e-Waze rangkul 3 anugerah di iCAN 2022

3 pelajar POLIMAS hasilkan inovasi ‘Fish Feeding’, berjaya atasi masalah ternakan ikan

Kreatif bangunkan inovasi e-gamifikasi membolehkan Cyber Squad muncul juara MKBC’22


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok