image2
image2

Malas mekap? Jom ikuti “lifehack” ini untuk kekal cantik di hadapan kamera

Mohd Khairi Mohamad Yusri
30 Jul 2021 04:22pm
A
A
A

Buat cikgu-cikgu, ketika sesi pembelajaran secara PdPR ini pastinya mempunyai pelbagai cabaran kan?

Di rumah banyak benda yang nak kena diurus, dengan melayan kerenah anak-anak lagi, tak terurus semuanya!

Sedar-sedar kelas PdPR sudah hampir bermula, mana sempat nak mekap. Kalau nak terus masuk kelas risau pula muka nampak tidak berseri, apa pula kata anak murid nak belajar nanti.

Jangan risau, Cikgu Ailisa Azmi ada berkongsikan satu ‘lifehack’ yang boleh digunakan oleh semua guru bagi memastikan wajah sentiasa nampak berseri!

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan memasang aplikasi Snap Camera yang boleh diakses melalui link ini

Selesai sahaja proses pemasangan, cikgu-cikgu sekalian boleh buka aplikasi tersebut dan boleh mula memilih mana filter yang disukai, ada banyak tau!

Kemudian, pergi pada video setting pada aplikasi video meeting, dan tukarkan webcam kepada Snap Camera, jika tidak tahu bagaimana mahu menukar setting tersebut, boleh ikuti langkah di bawah ini.

Google Meet

  1. Pastikan anda berada di dalam meeting
  2. 2.Arahkan penunjuk tetikus anda ke bahagian bawah tuntuk memunculkan menu (di mana anda akan menjumpai butang mikrofon, tutup, dan kamera), dan klik di logo tiga yang berada di hujung sebelah kanan
  3. Menu kecil akan terbuka, klik settings di menu tersebut         
  4. Di bahagian video, pilih Snap Camera sebagai kamera

Aplikasi Zoom

  1. Buka setting di dalam aplikasi Zoom
  2. Kemudian pilih video setting                         
  3. Tukarkan Snap Camera sebagai kamera utama

Aplikasi Skype

  1. Pastikan anda berada dalam video call
  2. Arahkan penunjuk tetikus anda ke bahagian bawah di sebelah kiri, anda akan menjumpai butang tiga titik, klik di situ.                   
  3. Klik Audio and Video Settings                                                         
  4. Satu menu akan keluar, kemudian pilih Snap Camera sebagai kamera utama

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok