kredit foto pexels Murid tadika hidap autisme mempunyai pelbagai bakat sejak kecil
kredit foto pexels Murid tadika hidap autisme mempunyai pelbagai bakat sejak kecil

Murid tadika hidap autisme, mempunyai pelbagai bakat sejak kecil

Rasyidah Zulkifi
19 May 2022 10:57am
A
A
A

Biarpun masih tidak mampu mengikat tali kasutnya sendiri, Sebastian Esposito, 5, mempunyai kebolehan luar biasa apabila boleh menulis dalam 10 bahasa berbeza.

Dia merupakan penghidap autisme yang bersekolah tadika di Albuquerque, New Mexico dan mempunyai keupayaan membaca seperti mereka yang berusia 18 tahun sementara rakan sekelasnya masih mempelajari ABC.

Menelusuri kisah hidupnya, sejak lahir lagi iaitu sebelum berjalan Sebastian sudah boleh membaca kerana mempunyai daya ingatan yang tinggi.

Baca juga 

Panduan buat ibu bapa, pastikan anak autisme ada kemahiran asas ini sebelum bersekolah

Guru kongsi pengalaman mengajar murid autisme, galakkan mereka ditempatkan di PPKI

Ketika berumur 18 bulan, dia mula mengeja perkataan seperti kucing dan anjing serta menjadi taksub dengan teka-teki.

Ketika berusia dua tahun pula, Sebastian mampu menulis lebih daripada 200 patah perkataan dalam masa sama mempelajari keseluruhan abjad Rusia.

Difahamkan, dia adalah kanak-kanak istimewa yang mempunyai daya tarikan kepada nombor atau huruf dan kebolehan membaca jauh lebih awal dari usia sebenar yang dipanggil ‘hyperlexia’.

Selain itu, Sebastian juga boleh menyebut keseluruhan jadual unsur berkala dan telah menghafal abjad Yunani, Jerman, Armenia dan Turki.

Bapanya, Ryan Esposito, 30, seorang pekerja lombong berkata anaknya sememangnya seorang yang sangat istimewa.

“Kami fikir dia mempunyai ingatan fotografi. Apa sahaja yang dia nampak dia hanya simpan dalam kepalanya dan tidak pernah melupakannya.

“Ia adalah luar biasa apabila dia mula mengeja perkataan dari belakang, saya fikir mungkin dia adalah makhluk asing kerana dia mengingat semua perkataan ini dengan cepat,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Bagi meningkatkan kesedaran mengenai keadaan yang dialami Sebastian, Ryan memuat naik rakaman anaknya di TikTok.

Video yang dimaksudkan jelas memaparkan kemampuan Sebastian menulis keseluruhan abjad dan menyenaraikan setiap negara beserta ibu negara di dunia yang diingatinya.

Bagaimanapun, mereka sekeluarga tidak menjangka rakaman tersebut tular sehingga meraih hampir 20 juta tontonan.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok