denny-muller-HfWA-Axq6Ek-unsplash (1)
denny-muller-HfWA-Axq6Ek-unsplash (1)

Perhatian guru dan pelajar pengguna Android, 5 fungsi tersembunyi berguna

Mohd Khairi Mohamad Yusri
02 Sep 2021 10:59am
A
A
A

Pastinya ramai di antara kita yang menggunakan Android sebagai peranti harian. Malah mengikut kajian kami, lebih 85% pembaca GPSBestari menggunakan sistem pengoperasian ini.

Oleh itu, hari ini GPSBestari ingin berkongsi beberapa fungsi yang tersembunyi yang mungkin tidak diketahui oleh pengguna. Semua fungsi ini sangat membantu untuk meningkatkan produktiviti harian kita.

1.Buka dua aplikasi secara serentak

Salah satu ciri baru yang diperkenalkan sejak Android 7.0 Nougat adalah pilihan untuk menjalankan dua aplikasi secara serentak. Paparan ini sangat berguna ketika anda ingin memaparkan foto, mengoptimalkan penggunaan media sosial dan lain-lain.

Untuk menggunakan ciri-ciri ini, tekan butang Overview, dan pilih aplikasi yang ingin dilihat. Pegang dan seret ke atas atau kiri paparan, kemudian pilih aplikasi yang lain untuk dibuka di ruang atas atau bawah.

Baca juga: Fakta menarik untuk pelajar ambil tahu; 4 mata wang nilai paling tinggi di dunia

Baca juga: Jiwai kemerdekaan dengan semangat perjuangan

2.Jadikan teks dan gambar lebih jelas kelihatan

Sekiranya anda pernah merasakan sukar untuk melihat apa yang ada di skrin, boleh memperbesar atau memperkecil teks dan objek. Namun, perlu diingatkan bahawa tidak semua aplikasi boleh menggunakan ciri-ciri ini.

Untuk menggunakan tetapan ini, buka Android Settings dan pergi ke Display. Dari menu Display itu, klik Font Size untuk mengubah ukuran teks lalai. Kemudian pergi ke Display size untuk menjadikan objek di skrin menjadi lebih besar atau lebih kecil.

3. Ubah tetapan kelantangan mengikut jenis audio

Peranti anda memainkan beberapa jenis audio iaitu ringtones, notifications, alarms, phone calls, and media. Sekiranya anda pernah pergi ke menu Settings, pergi ke Sounds, kemudian Volume, di sini anda boleh mengubah kelantangan bunnyi mengikut jenis audio yang diinginkan.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

4. Hanya boleh buka satu aplikasi sahaja

Mungkin satu hari ada rakan yang ingin meminjam telefon anda tapi anda risau mereka akan membuka aplikasi yang lain yang ada di dalam telefon seperti membaca mesej di media sosial atau melihat maklumat peribadi.

Jangan risau, anda boleh menggunakan fungsi Screen pinning semasa meminjamkan telefon kepada mereka. Dengan fungsi ini, telefon hanya akan menjalankan aplikasi yang dizinkan sahaja. Oleh itu, mereka tidak akan dapat mengakses ke aplikasi lain tanpa kebenaran anda.

Untuk menggunakan fungsi ini, Buka Tetapan, pergi ke menu Security, dan aktifkan screen pinning. Setelah anda menghidupkan fungsi ini, lancarkan aplikasi yang perlu digunakan oleh rakan anda. Kemudian buka Gambaran Keseluruhan dengan menekan butang navigasi. Kemudian tekan ikon pin di sudut kanan bawah. Tekan butang pin tersebut.

5. Matikan lock screen ketika berada di rumah

Untuk memastikan keselamatan telefon, biasanya orang ramai akan membuat kod PIN atau imbasan cap jari bagi memastikan telefon dapat digunakan. Tetapi ketika di rumah, mungkin anda akan merasa kurang selesa untuk memasukan pin untuk membuka telefon setiap kali hendak digunakan. Oleh itu anda boleh gunakan ciri Google’s Smart Lock, ia memberikan anda akses segera ke telefon, tetapi hanya jika berada dirumah ataupun di lokasi lain yang anda tetapkan.

Untuk mengaktifkan fungsi ini, buka Settings, pergi ke Security (or Security and Privacy), dan hidupkan Smart Lock. Selain mematikan permintaan kata laluan semasa berada di rumah, anda juga dapat mematikanya apabila ada Bluetooth dari peranti yang dipercayaai disambungkan ke telefon, seperti unit stereo kereta, atau jika ia mendengar suara yang dipercayai, iaitu suara anda.

Selamat Mencuba…

Sumber: Popsci.com

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok