image_2021-09-06_111324
image_2021-09-06_111324

Tidak tahu cara buat pemasa di Google Form? Ikuti langkah yang dikongsikan ini

Mohd Khairi Mohamad YusriMohd Khairi Mohamad Yusri
06 Sep 2021 11:14am

Setiap kali membuat penilaian semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), pastinya guru-guru terfikir apakah aplikasi yang boleh digunakan bagi memudahkan penilaian dibuat.

Ada yang menggunakan aplikasi berbayar, lebih mudah dan tidak memenatkan kepala tetapi tahukah anda bahawa aplikasi seperti Google Form boleh dijadikan sebagai medium untuk membuat penilaian pelajar.

Lebih menarik lagi, ia juga boleh diletakkan fungsi pemasa, jadi para guru tidak perlu lagi risau jika ada pelajar yang menghantar lewat ataupun memulakan penilaian tersebut lebih awal.

Hari ini, GPSBestari akan berkongsi satu cara untuk meletakkan masa di Google Form melalui Add-On Control Accepting Responses.

Melalui add on ini, anda dapat menetapkan masa untuk buka (open responses) dan masa untuk tutup (close responses) Google Form. Dengan kata lainya, anda boleh tetapkan masa mula pada jam 10 pagi dan berakhir pada 11 pagi.


1. Buka Google Form anda.

2. Pilih satu Form yang anda sudah create. Tekan pada titik tiga, kemudian tekan Add-Ons.

3. Search Control Accepting Responses dan Install.

Selesai buat tiga langkah di atas, kita pergi pula ke cara-cara untuk meletakkan masa mula dan tamat pada Google Form.

1. Buka Form sekali lagi dan masuk dalam Form yang anda nak tetapkan masa.

2. Tekan pada Add ons, pilih Control Accepting Responses.

3. Kemudian pilih Settings and Info.

4. Akan keluar seperti ini. Anda boleh tetapkan tarikh dan juga hari.

5. Bila sudah siap, tetapkan tarikh dan juga masa, tekan save and implement.

6. Tambahan - anda juga boleh meletakkan mesej. Pelbagai mesej boleh diletakkan seperti mesej sebelum menjawab ataupun mesej selepas Google Form ditutup. Cara-caranya ialah pergi ke tab Other, masukkan mesej anda dan save.

Selamat mencuba

Sumber: Cikgu Aime

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp