No Image Caption

Atlet pendidikan khas raih emas di World Sport Education Athletics Open 2026

11 Feb 2026 02:15pm

Laungan kemenangan sekali lagi dilaungkan apabila atlet Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Masai mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa apabila membawa pulang pingat emas dalam World Sport Education Athletics Open 2026 yang berlangsung di Stadium Olahraga Mount Austin Johor.

Haikal Mohamad Khir, dinobat sebagai juara selepas membuat lompatan sejauh 6.55 meter dalam acara lompat jauh kategori terbuka.

Kejayaan ini secara tidak langsung telah mengharumkan nama Malaysia apabila Haikal berjaya mengetepikan cabaran dari atlet-atlet elit kategori terbuka dari negara Asia Pasifik.

Selain itu juga, pencapaian berkenaan menjadi bukti bahawa dengan tekad dan usaha mampu mengatasi cabaran dimana atlet pendidikan khas juga boleh bersinar di pentas tertinggi.

Sementara itu, Jurulatih Olahraga Pendidikan Khas Pasir Gudang menzahirkan kegembiraan dan rasa syukur di atas kejayaan Haikal.

No Image Caption

“Alhamdulillah, Haikal sekali lagi meraih prestasi terbaik dalam arena olahraga. Ini semua berkat usaha gigih Haikal dalam sesi latihan dan pastinya, ini juga berkat doa orang tua serta sokongan padu dari pihak sekolah dan rakan-rakan yang sentiasa memberi semangat.

"Kejohanan ini adalah pentas persediaan bagi Haikal untuk menghadapi cabaran yang lebih tinggi dan berprestij di kejohanan yang seterusnya.” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Haikal meraih kejayaan dalam acara lompat jauh di Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSSM 2025 apabila catatan lompatan 6.62 meternya menjadi rekod baharu kejohanan sekaligus menghadiahkan emas ke Negeri Johor.

Setiap kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk semua murid pendidikan khas meraih prestasi dan mencipta nama dalam apa jua bidang yang disertai.

Untuk makluman, WSE Atletics Open adalah rangkaian kejohanan olahraga atletik (track and field) iinternasional yang terbuka untuk semua kalangan,bermula dengan kategori amatir hingga profesional lintas usia yang telah berpusat di pelbagai benua termasuk benua Asia dan Eropah.

Maklumat penulis:

Rozak Hadi

Ringkasan AI

  • Atlet SMK Kota Masai memenangi pingat emas di World Sport Education Athletics Open 2026
  • Haikal Mohamad Khir menjadi juara dengan lompatan sejauh 6.55 meter
  • Kejayaan Haikal memperlihatkan cabaran dari atlet elit Asia Pasifik dapat diatasi
  • Jurulatih Pendidikan Khas Pasir Gudang mengharapkan kejayaan ini sebagai persediaan Haikal untuk cabaran seterusnya
  • Kejayaan Haikal di WSE Athletics Open menjadi inspirasi bagi murid pendidikan khas
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp