Dr syeikh muszaphar Shukor Bercita2 nak jadi angkasawan Ini 5 fakta menarik yang anda perlu tahu
Dr syeikh muszaphar Shukor Bercita2 nak jadi angkasawan Ini 5 fakta menarik yang anda perlu tahu

Bercita-cita nak jadi angkasawan? Ini 5 fakta menarik yang anda perlu tahu

Rasyidah Zulkifi
27 Apr 2022 06:45am
A
A
A

Tidak dinafikan ramai yang bercita-cita ingin menjadi angkasawan seperti Dr Sheikh Muszaphar Shukor.

Bagaimanapun, tidak ramai yang berpeluang bagi merealisasikan impian pergi ke angkasa lepas.

Ini kerana latihan angkasawan sangat mencabar di samping calon perlu melepasi halangan dalam membuat permohonan.

Berikut merupakan fakta menarik mengenai angkasawan;

1) Tiada had umur

Umumnya, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) tidak meletakkan sebarang had umur.

Bagaimanapun, rata-rata calon yang dihantar ke angkasa berumur 26 hingga 46 tahun.

Pada 1998, bekas angkasawan John Glenn telah ke angkasa lepas kembali di usia 77 tahun selepas pengembaraan pertamanya pada umur 41 tahun.

2) Calon berlatih di padang kawah Arizona

Sebuah meteor pernah menghentam ke lokasi yang dikenali Arizona utara sekitar 50,000 tahun lalu.

Lekukan tersebut menghasilkan lubang di bawah tanah dengan kedalaman 173.7 meter dan 1.25 kilometer lebar.

Kawah ini sangat berguna kepada NASA untuk melatih calon angkasawan menjalankan pemetaan di sekitar dan di dalamnya.

3) Mahir bahasa Rusia

Tanpa mengira asal negara, bakal angkasawan yang ingin ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) perlu mempelajari bahasa Rusia.

Ini kerana tiada kenderaan lain yang digunakan untuk ke ISS melainkan milik negara itu.

Cabaran ini menakutkan sesetengah angkasawan kerana mereka perlu memahami banyak ungkapan teknikal dan khas dalam bahasa Rusia.

Lebih menakutkan, mereka tidak hanya mempelajari yang asas, malah perlu mahir dalam bahasa tersebut.

4) Habiskan masa dalam air

Calon angkasawan perlu membiasakan diri berendam di dalam kolam makmal keapungan neutral (NBL).

Bagi yang telah lulus latihan menyelam, mereka akan memakai sut angkasa lepas dan dimasukkan ke dalam kolam tersebut.

Bakal angkasawan akan dilatih membaiki kapal dan aktiviti lain enam hingga lapan jam di NBL.

5) Diuji dengan latihan tandas

Suasana di angkasa lepas amat berbeza dari bumi namun setiap angkasawan yang berjaya ke sana pasti memerlukan tandas.

Disebabkan ketiadaan graviti, mereka perlu berhati-hati ketika membuang air kecil atau besar.

Angkasawan bergantung kepada dua tandas yang direka bagi mengelakkan najis terapung di angkasa lepas.

Sinar Bestari berharap pelajar mendapat input berguna melalui perkongsian ini.

Artikel berkaitan 

(VIDEO) “10A buat Bella dan Tasha”, angkasawan negara kongsi rahsia kecemerlangan anak

15 tip bentuk anak berguna cara Dr Sheikh Muszaphar, ibu bapa perlu beri perhatian

7 tugas utama Ketua Panitia Subjek


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok