lecture-gf93c6b8d1_1920
lecture-gf93c6b8d1_1920

Boleh jadi pensyarah tanpa ijazah pendidikan, ini cara-caranya

Adlan Farhan Azwan
01 Dec 2022 01:48pm
A
A
A

Menjadi seorang pensyarah di mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) adalah satu kerjaya yang mulia kerana ia melahirkan masyarakat yang berilmu dan berakhlak seperti mana kerjaya seorang guru.

Untuk bergelar pensyarah laluan kerjaya agak berbeza berbanding menjadi seorang guru di sekolah.

Di negara ini sendiri terdapat pelbagai IPT yang menawarkan jurusan dalam bidang pendidikan tertiari atau pendidikan selepas sekolah menengah sehingga ke peringkat pendidikan tinggi.

Ini kerana, tenaga kerja dalam bentuk pendidik amat diperlukan bagi memenuhi keperluan pengajaran pelajar-pelajar di setiap IPT.

Kerjaya sebagai pensyarah merupakan antara kerjaya pilihan utama lepasan ijazah sarjana muda.

Pelajar tidak semestinya memerlukan ijazah dalam pendidikan untuk menjadi seorang pensyarah.

Sinar Bestari tertarik dengan perkongsian seorang pensyarah Kolej Vokasional, Siti Fatimah Mohd Jamil di laman Twitternya cara-cara untuk bergelar pensyarah tanpa memerlukan ijazah dalam pendidikan.

Jom ikuti perkongsian tersebut

*

Ramai yang ingin menjadi tenaga pengajar tetapi tidak tahu peluang yang ada.

Sebenarnya kepada mereka yang ambil bidang kejuruteraan, besar peluang anda untuk menjadi seorang tenaga pengajar di Politeknik dan Kolej Komuniti.

Kemahiran dan pengalaman bidang industri diperlukan

Ini kerana, Politeknik lebih memerlukan mereka yang mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam bidang industri.

Sebab itulah kadang-kadang ramai pensyarah yang sebelum ini kerja dalam bidang industri berkaitan kemudiannya bertukar bidang menjadi seorang tenaga pengajar.

Kepada mereka yang tiada pendidikan dalam sijil sarjana muda, mereka akan dihantar kursus dipanggil Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) selama dua minggu untuk diajar kemahiran mengajar di dalam kelas.

Lepasan ijazah sarjana muda tanpa pendidikan merupakan Gred DH41 apabila mengajar di politeknik dan kolej komuniti.

Manakala DH29 merupakan graduan lepasan diploma yang berkaitan. Lepasan diploma juga boleh jadi pensyarah dan yang membezakan kedua-dua gred ini hanyalah tangga gaji.

Anda perlu mendaftar di Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) apabila menerima hebahan pengambilan pensyarah politeknik Gred DG41 dan DG29.

Hebahan iklan pengambilan selalu dibuat di laman web dan facebook rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Anda boleh rujuk hebahan iklan semasa di laman sesawang https://www.spp.gov.my/

Selain pensyarah DH29/41, lulusan kejuruteraan turut boleh memohon untuk jawatan Gred DV 19/29/41 bersepadu.

Skim ini memberi peluang kepada pemohon untuk mengajar kemahiran di ILP, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan semua kolej kemahiran di bawah kerajaan.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda merebut peluang untuk menjadi pensyarah nanti.

Artikel berkaitan

5 kunci kejayaan buat guru di Malaysia capai impian

Bahana mengejar KPI, kompetensi dan profesionalisme pensyarah terjejas

Buntu pilih laluan pengajian? Ikuti saranan ini untuk bantu pelajar buat keputusan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok