KPM pilih calon guru boleh ajar pelbagai subjek
KPM pilih calon guru boleh ajar pelbagai subjek

KPM pilih calon guru boleh ajar pelbagai subjek, kebarangkalian tinggi dapat penempatan

Rasyidah Zulkifi
02 Jun 2022 07:53pm
A
A
A

Kebarangkalian graduan yang mempunyai ikhtisas pendidikan untuk mendapat penempatan sebagai guru tetap adalah tinggi kerana mereka sudah mempunyai asas bagi profesion tersebut.

Bagaimanapun, graduan lain masih boleh membuat permohonan di portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Menteri Kanannya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) menggunakan konsep padanan ketika membuat saringan untuk mengambil calon guru baharu di laman sesawang SPP.

“Kalau dahulu calon guru yang mempunyai ikhtisas, sebagai contoh ijazah pendidikan dengan Fizik di universiti, mereka perlu menunggu kekosongan sebelum diterima atau dipilih masuk untuk mengajar mata pelajaran Fizik di sekolah.

“Tapi keadaan ini menyebabkan terdapat banyak situasi ‘mismatch’ di mana bekalan guru berdasarkan opsyen yang ada dalam pasaran ini dengan keperluan kita di sekolah berbeza jauh sebab itu tiada satu padanan.

“Maknanya bekalan ada, ramai graduan ikhtisas di luar sana tapi tidak boleh masuk sistem kerana dia perlu menunggu ‘match one to one’ tadi,” katanya dalam sidang media khas di Facebook Live, hari ini.

Mengulas lanjut, ‘match one to one’ itu bermaksud graduan pendidikan cenderung untuk mendapat penempatan jika pengkhususannya mendapat permintaan atau terdapat kekosongan di sekolah.

“Kalau dia graduan Fizik perlu menunggu kekosongan opsyen tersebut di sekolah dan kita akan bincang semula untuk melihat pengetahuannya dalam subjek Matematik bagi mewujudkan kluster apa mata pelajaran yang boleh diajar,” katanya.

Artikel berkaitan

Mansuh PT3, KPM perkasa pelaksanaan PBS 

KPM bangunkan aplikasi susun jadual sekolah, sediakan sistem berpusat mudahkan tugas guru 

Guru Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam tidak cukup – Mohd Radzi 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok