Untitled design (1)
Untitled design (1)

Panduan kekal fokus semasa PdPR, Cikgu Nor Hafizah kongsi 8 cara mudah

Roshlawaty Md Raieh
06 Sep 2021 10:38pm
A
A
A

Memberi tumpuan ketika sesi pembelajaran secara dalam talian memang cukup sukar bagi sesetengah pelajar.

Apatah lagi, sekarang masih lagi berlangsung kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan proses ini dilihat susah untuk pelajar fokus pada mata pelajaran tertentu.

Kaunselor Berdaftar yang juga Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Seri Indera Putera, Ayer Hitam, Kedah, Cikgu Nor Hafizah Mahmud K.B;P.A berkata, ada cara mudah yang boleh membantu anak-anak didik untuk kekal belajar secara PdPR dengan baik.

“Saya kongsikan lapan teknik yang pasti membuatkan ramai pelajar seronok untuk ikuti PdPR selepas ini,” ujarnya kepada GPSBestari.

Mari ikuti panduan menarik daripada Cikgu Nor Hafizah yang juga seorang jurucakap motivasi dan jurulatih modal insan ini.

Moga bermanfaat untuk semua anak-anak didik dalam membina kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

1) Cukup tidur

  • Pastikan tidur secukupnya, enam atau tujuh jam sehari.
  • Tidur sebelum jam 12 tengah malam.
  • Dapatkan tidur yang berkualiti dengan merehatkan badan dan otak.
  • Bangun sebelum azan Subuh, bersedia menjalani ibadah.
  • Sentiasa segar apabila memulakan aktiviti harian.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

2) Ambil sarapan yang sihat

  • Sarapan pagi perlu diambil sebelum memulakan aktiviti harian.
  • Pelajar perlu mengambil sarapan bagi membantu membekalkan tenaga untuk menghadam ilmu yang diajar oleh guru.

3) Elak duduk dengan adik-beradik lain

  • Ada ruang belajar khusus bagi mengelakkan gangguan bunyi seperti televisyen dan radio atau bunyi bising adik-beradik yang bermain atau bersembang.

4) Buang gangguan

  • Fokus aktiviti belajar dengan ketepikan sebarang perkara atau masalah lain.
  • Matikan dahulu telefon atau hentikan perbualan dengan rakan-rakan di media sosial.

5) Kelas online - kontak mata dengan guru

  • Ketika kelas dalam talian berlangsung, kekalkan kontak mata dengan guru yang mengajar sepanjang sesi.
  • Jika penglihatan mata dialihkan dan lihat ke tempat lain, tumpuan mudah terganggu.

Baca juga Masih tidak lancar membaca, ibu ayah boleh praktik 7 cara ini untuk anak Tahun 1 2022

Baca juga Seni kulinari bukan sekadar masakan, lebih banyak IPT tawar program seni kulinari

6) Tentukan matlamat diri

  • Ada matlamat yang khusus dan jelas ketika belajar sesuatu mata pelajaran.
  • Mahukan gred cemerlang bagi subjek berkenaan membuatkan kita dapat mengekalkan tumpuan dan motivasi untuk terus belajar subjek tersebut.

7) Ambil nota

  • Kekalkan tumpuan dengan cara tidak hanya mendengar sebaliknya catat segala isi pelajaran.
  • Semasa mencatat sebaiknya gunakan pen pelbagai warna manakala kemahiran mencatat nota dan kemahiran mengingat boleh menggunakan peta minda.

Baca juga Ustaz Ismail tak sangka SMART AL-Q rangkul 8 pingat emas, rupa-rupanya ini rahsia beliau 

Baca juga Prof Datuk Dr Norazah Mohd Nordin dilantik Timbalan Naib Canselor JIAM, UKM yang baharu 

8) Aktif semasa belajar

  • Jadilah pelajar yang aktif semasa belajar dengan cara bertanya soalan dan memberi jawapan bila cikgu kemukakan soalan.

Layari Youtube Channel Cikgu Hafizah https://youtube.com/channel/UCpxK9uVKubq1iC9q7tyf8xg untuk mengikuti perkongsian ilmu psikologi kaunseling serta motivasi diri yang bermanfaat dari seorang Kaunselor, Guru, Motivator dan Jurulatih.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok