HomeGen ZPelajar boleh ikuti langkah ini untuk membuat semakan semula keputusan SPM

Artikel Berkaitan

Pelajar boleh ikuti langkah ini untuk membuat semakan semula keputusan SPM

Setelah hampir seminggu sejak pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 kita menyaksikan banyak tangisan kegembiraan oleh pelajar dan ibu bapayang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan kali ini.

Apa juga keputusan yang diterima, pelajar harus berbangga kerana ia merupakan hasil perjuangan dalam menimba ilmu selama lebih 11 tahun apatah lagi berdepan pelbagai cabaran meneruskan persekolahan dua tahun lalu dalam tempoh pandemik Covid-19.

Di sebalik kegembiraan tersebut, terdapat juga pelajar yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang diterima atas pelbagai faktor.

Sebagai contoh, anda sentiasa mendapat gred A dalam subjek Bahasa Melayu untuk peperiksaan dan ujian di sekolah. Namun, apabila menerima keputusan SPM sebenar, anda tidak berjaya mendapat A walaupun sudah menjawab kertas tersebut dengan sehabis baik.

Oleh itu, Sinar Bestari akan kongsikan dengan pelajar semua tentang cara untuk membuat semakan semula keputusan SPM.

  • Calon peperiksaan SPM yang tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan boleh membuat permohonan semakan semula keputusan peperiksaan.
  • Permohonan semakan semula keputusan peperiksaan dibuka selama 30 hari bermula pada hari pengumuman keputusan peperiksaan.
  • Permohonan semakan semula keputusan peperiksaan dikenakan bayaran RM100 bagi setiap mata pelajaran yang dimohon.
  • Calon boleh mengemukakan permohonan semakan semula keputusan peperiksaan secara dalam talian sepenuhnya di https://elp.moe.gov.my dengan memilih menu semak semula.
  • Calon juga boleh memuat turun aplikasi e-LEMBAGA PEPERIKSAAN di Google Play Store (Android sahaja) untuk membuat permohonan semakan semula keputusan peperiksaan.
  • Calon boleh menyemak status permohonan semakan semula keputusan peperiksaan dengan memilih menu semak status.
  • Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh disalurkan kepada e-mel [email protected]

Sebelum pelajar membuat semakan keputusan SPM, diingatkan bahawa terdapat kemungkinan hasil semakan akan menyebabkan markah anda lebih rendah daripada sebelumnya atau masih sama.

Jadi, pelajar dinasihati berfikir dulu sebelum membuat keputusan untuk melakukan semakan keputusan masing-masing. Semoga berjaya!

Artikel berkaitan

Naveenkumar, cemerlang 8A SPM, perlukan dana ke IPT

Keputusan STAM 2021 diumumkan pada 30 Jun ini

Permohonan tutup 30 Jun, masih ada masa untuk pelajar mohon ke Tingkatan 6


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Terkini