Pelajar pengganti guru, jadi mentor dalam kelas - Patutlah pelajar Cikgu Afiffi seronok
Pelajar pengganti guru, jadi mentor dalam kelas - Patutlah pelajar Cikgu Afiffi seronok

Pelajar pengganti guru, jadi mentor dalam kelas - Patutlah pelajar Cikgu Afiffi seronok

Roshlawaty Md Raieh
02 Jul 2019 02:33am
A
A
A

Cikgu Afiffi menunjukkan kaedah membaca skala vernier menggunakan inovasi kit vernier Diy kerana skalanya telah diperbesarkan dan boleh berfungsi seperti angkup vernier sebenar.

Pelajar pengganti guru, jadi mentor dalam kelas - Patutlah pelajar Cikgu Afiffi seronok

'SUATU inovasi itu tidak semestinya perlu hebat dan canggih. Inovasi yang baik adalah cukup sekadar membantu menyelesaikan masalah serta mudah untuk disediakan sekiranya diperlukan.'

Demikian kata Guru Cemerlang Fizik Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sultan Abu Bakar Muar, Mohd Afiffi Baharuddin.

Menurutnya, idea baharu untuk menghasilkan inovasi, sangat penting untuk memastikan proses pembelajaran sentiasa segar dan pelbagai.

"Bagi saya, guru tidak memerlukan tempoh yang lama untuk menyiapkan sesebuah inovasi. Jika sudah ada idea, terus kembangkan.

"Kos pula, mungkin boleh diminimumkan dan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati kerana inovasi yang bagus tidak memerlukan kos tinggi," katanya.

Memperkenalkan amalan bilik darjah yang lain daripada yang lain, membuatkan Cikgu Afiffi muncul sebagai pemenang saguhati Kempen Guru PAK21, baru-baru ini.

"Saya mengamalkan pembelajaran berasaskan pengalaman, yang juga disebut 'learning by doing' dan IBSE (inquiry based science education).

"Semasa pembelajaran, saya dibantu dengan pelbagai inovasi untuk menyelesaikan permasalahan yang saya hadapi semasa menjalankan PAK21 di dalam kelas," kata anak kelahiran Ipoh, Perak ini.

Cikgu Afiffi berkata, pendekatan 'learning by doing' dan penerapan IBSE adalah kaedah terbaik untuk pembelajaran Sains dan ia seiring dengan PAK21.

"Aktiviti Sains tidak terhad di makmal sahaja. Untuk mempelajari konsep Fizik contohnya, saya akan membawa pelajar ke padang hanya untuk bermain menangkap belon berisi air yang mudah pecah. Secara tidak langsung, pelajar akan menggunakan kebolehan inkuiri mereka untuk mencuba beberapa teknik tangkapan supaya belon air tersebut tidak pecah.

"Teknik mereka ini akan dibawa ke dalam kelas untuk membincangkan konsep Fizik yang terlibat," ujar anak ketiga daripada empat beradik ini.

Dalam kelas, Cikgu Afiffi melantik sekumpulan pelajar yang digelar Guru Muda Pakar (GMP) untuk menjadi mentor dalam kumpulan kecil.

GMP sedang membimbing rakan dalam kumpulan dan menyelesaikan tugasan dengan lebih mudah apabila menggunakan White Board Diy.

GMP bertindak sebagai pengganti guru untuk membentangkan tugasan dan menerangkan konsep Fizik kepada ahli kumpulan mereka, seterusnya membantu rakan menjawab soalan dan menguasai topik pembelajaran.

Guru memantau aktiviti pelajar dan sebagai pemudahcara kepada GMP sekiranya terdapat perkara yang perlu dirujuk.

Kaedah ini sememangnya melibatkan pelajar secara aktif setiap kali pembelajaran berlaku.

Pelajar lebih mudah untuk berkomunikasi semasa menggunakan mikroskop apabila diintegrasikan dengan teknologi mirroring menggunakan telefon pintar. Imej mikroskop boleh diperhatikan oleh guru dan pelajar lain pada masa yang sama.

"Elemen PAK21 sentiasa ingin memastikan pelajar boleh berkomunikasi dan berkolaborasi bersama rakan di samping penerapan elemen kreatif dan kritis serta nilai.

"Tetapi, terdapat kekangan dan kesukaran bagi guru untuk menerapkan elemen PAK21 untuk sesetengah topik atau mata pelajaran yang memerlukan idea baru sebagai penambahbaikan kepada aktiviti sedia ada," katanya.

Kata beliau, guru seharusnya mempunyai kebolehan untuk berinovasi dan berkreatif bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Cikgu Afiffi yakin, pendekatan PAK21 merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menyediakan pelajar untuk menghadapi cabaran masa hadapan.

"Harapan saya kepada rakan guru, sentiasalah berkongsi dan menyebarkan idea serta inovasi anda walaupun ia kecil dan mudah kerana walaupun idea tersebut mudah dan ringkas bagi sesetengah guru, tetapi bagi sesetengah guru yang lain, mungkin ia adalah jawapan yang dicari-cari untuk menyelesaikan masalah yang sedang mereka hadapi," katanya.

 Pelajar meneroka konsep Sains di sebalik teknik yang betul untuk menyambut belon berisi air supaya tidak pecah.

REAKSI PELAJAR

1) "Kami dilatih untuk meneroka dan mencari sendiri ilmu yang ingin dipelajari dan guru hanya bertindak sebagai pembimbing untuk memastikan kami berjaya mencapai objektif pembelajaran. Kaedah ini menjadikan kami lebih berdikari dan membuka lebih banyak ruang untuk berkreatif semasa membuat pembentangan."

- Intan Darlina Mohd Khalid, Tingkatan Lima

2) "Jika guru terpaksa keluar berkursus sekalipun, kami masih boleh menjalankan aktiviti pembelajaran seperti biasa kerana GMP yang telah dilantik akan bertanggungjawab melaksanakan tugasan mereka untuk membimbing kami mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh guru."

- Nurin Aqilah Ahmad Yazid, Tingkatan Lima

3) “Inovasi yang cikgu bawakan di dalam kelas banyak memudahkan proses pembelajaran dan perlaksanaan PAK21."

- Tai Zhi Ern, Tingkatan Lima

 

INFO

TAJUK: INOVASI YANG DIHASILKAN CIKGU AFIFFI

1. Mereka bentuk Kit Vernier Diy bagi memudahkan pelajar bina sendiri angkup vernier mereka pada skala lebih besar dan boleh digunakan seperti angkup vernier sebenar.

2. Inovasikan sedikit teknik 'mirroring' menggunakan telefon pintar untuk memaparkan imej mikroskop pada skrin yang lebih besar supaya pelajar dapat menggunakan mikroskop

seperti biasa tetapi lebih terbimbing apabila guru dan rakan-rakan lain dapat melihat imej mikroskop tersebut pada masa yang sama pada skrin.

3. Bina sendiri 'visualiser' ringkas dengan menggunakan web kamera dan pemegang telefon bimbit.

4. Inovasi White Board Diy yang ringkas menggunakan kadbod keras dan dibalut dengan plastik.

ARTIKEL MENARIK:

Memang wajar guru ini menang Adiwira PAK21, Cikgu Nazmi berjaya bawa segala ilmu dalam kelasnya

Guru ini sanggup menyumbang sejumlah wang gaji untuk sedia kelengkapan pelajar yang rata-rata miskin

Cikgu cantik ini guna kaedah 'digital classroom' tarik perhatian pelajar

Tujuh pemenang saguhati Kempen Guru PAK21

Guru Adiwira PAK 21 ini guna lego dan Elemen 4K1N ajar MBK Masalah Penglihatan

Seronok rupanya kaedah ‘Flipped Classroom’ - Untung budak sekarang

Cara ustaz ini ajar Pendidikan Islam buat pelajar benar-benar faham konsep aurat

 

 

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok