haziq
haziq

Ini kebaikan Sekolah Berasrama Penuh yang pelajar perlu tahu!

Rasyidah Zulkifi
08 Feb 2022 05:54pm
A
A
A

Bagi para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang sememangnya mempunyai azam untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tajaan Kementerian Pendidikan (KPM).

Pelaksanaan SBP dilihat seiring dengan usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi dan sepadan dengan cabaran global.

Kini, terdapat persaingan sengit dalam kalangan pelajar pandai untuk mendapat tempat di SBP, malangnya, yang terpilih sahaja boleh bersekolah di sana.

Baca juga 65 pelajar SBP di Cyberjaya dijangkiti COVID-19

Baca juga Calon SPM pulang Tahun Baru Cina tidak dibenarkan kembali ke asrama

Bagi pelajar yang berminat untuk belajar di SBP, bolehlah membuat permohonan secara dalam talian di laman web https://spskt1.moe.gov.my/ (bagi pelajar Tingkatan Satu) dan di laman web https://spskt4.moe.gov.my (bagi pelajar Tingkatan Empat).

ATAU

Pelajar juga boleh rujuk laman web rasmi KPM www.moe.gov.my bagi mendapatkan informasi terkini mengenai SBP.

Jadi pada entri kali ini, Sinar Bestari ingin berkongsi maklumat mengenai beberapa kelebihan SBP yang pelajar perlu tahu.

Mari kita ikuti perkongsian yang dibuat oleh Lokman Ismail.

**

Ibu bapa pasti berbangga jika anak mereka belajar di SBP dan semestinya ramai pelajar yang bercita-cita ingin belajar di sana.

Melihatkan senior yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyebabkan pelajar lain timbul minat untuk belajar di SBP.

Belajar di SBP mampu membentuk peribadi pelajar menjadi seorang yang berdikari kerana mereka perlu mengurus rutin harian sendiri seperti membasuh baju, melipat baju, membasuh kasut dan sebagainya.

Segalanya mereka perlu melakukan sendiri tanpa mengharapkan bantuan daripada ibu bapa atau rakan-rakan lain.

Selain itu, kebaikan belajar di SBP adalah pelajar boleh membina keyakinan diri. Keyakinan diri merupakan salah satu sifat bagi seorang pelajar asrama penuh untuk hidup tanpa ibu bapa di sisi dan mereka perlu belajar menyesuaikan diri dengan individu terdekat seperti rakan-rakan dan guru sepanjang tinggal di asrama.

Kebiasaannya, pelajar SBP membina keyakinan diri dengan membentuk kumpulan yang positif. Kesan negatifnya pula, apabila mereka berlagak dengan anggota kumpulan yang lain dan ini yang menjadi punca berlakunya kes dera di SBP.

Antara kelebihan belajar di asrama penuh ialah pelajar berpeluang mengikuti aktiviti kokurikulum secara teratur kerana mereka terikat dengan peraturan di asrama.

Pelajar pula mempunyai masa luang yang lebih berbanding pelajar sekolah harian kerana pihak sekolah menguruskan aktiviti tersebut mengikut masa yang sesuai.

Seterusnya, kebaikan belajar di SBP adalah pelajar timbul semangat bersaing yang positif ketika belajar apabila melihat rakan mereka tekun belajar.

Memandangkan mereka tinggal di asrama, pelajar akan berasa bersalah jika tidak belajar kerana mereka bimbang akan keciciran pelajaran terutamanya ketika menduduki peperiksaan.

Pihak SBP telah memberikan sepenuh perhatian kepada pelajar terpilih ini bagi memastikan mereka tidak mensia-siakan kelebihan yang ada.

Ikuti juga kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/sinarbestarimy

Instagramhttps://www.instagram.com/sinarbestarimy/

Twitter: https://twitter.com/sinarbestarimy

Youtube: https://www.youtube.com/c/SinarBestariMy/

Oleh itu, pihak pengurusan perlu mempertahankan reputasi SBP supaya mereka tidak dikalahkan oleh sekolah harian biasa.

Satu lagi kelebihan SBP ialah semua fasiliti pembelajaran disediakan oleh pihak sekolah terutamanya kepada pelajar miskin kerana kemudahan tersebut tidak mampu disediakan oleh keluarga jika mereka tinggal di rumah.

Apapun, kerajaan sudah menyediakan yang terbaik untuk pelajar jadi gunakanlah peluang belajar di SBP dengan sebaik-baiknya selagi diberi kesempatan.

Sumber: Blog Lokman Ismail

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok