Perbincangan secara dalam talian buahkan hasil. Pasukan inovasi SMK Bagan Terap raih Anugerah Emas
Perbincangan secara dalam talian buahkan hasil. Pasukan inovasi SMK Bagan Terap raih Anugerah Emas

Perbincangan secara dalam talian buahkan hasil. Pasukan inovasi SMK Bagan Terap raih Anugerah Emas

webadmin
30 Dec 2020 07:45am
A
A
A

PERCUBAAN pertama menyertai pertandingan inovasi secara maya membawa tuah kepada pasukan inovasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap, Sabak Bernam, Selangor apabila produk Bio Piatto meraih Anugerah Emas pada pertandingan Virtual Innovation Competition 2020 (VIC 2020), baru-baru ini.

Guru Penasihat, Norafiza Razilah berkata, pertandingan secara maya itu merupakan pengalaman baharu yang mengujakan.

Malah, mereka sangat terkejut apabila diumumkan pemenang Anugerah Emas kategori Young Scientist VIC2020.

“Ketika pertandingan diadakan, Malaysia dalam keadaan PKP. Jadi kami perlu melakukan perbincangan secara dalam talian untuk menghasilkan video inovasi untuk dipertandingkan.

“Kami berbincang menerusi Google Meet, Whatsapp dan Telegram. Begitu rumit dan sangat mencabar. Pelbagai idea diberikan oleh ahli kumpulan yang terdiri Junaidah Mat Amin (cikgu), Kunorania Ain Isnizam dan Nurun Nasuha Jamalul Arifin dalam memastikan video inovasi Bio Piatto sempurna.

“Alhamdulillah, semua cabaran ini berjaya dilalui dengan baik. Terima kasih kepada Pensyarah UiTM Cawangan Puncak Alam, Razif Dasiman yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kumpulan kami,” katanya.

VIC 2020 merupakan pertandingan inovasi digital peringkat antarabangsa anjuran UiTM cawangan Kelantan.

Inovasi Bio Piatto

Inovasi Bio Piatto merupakan produk pinggan pakai buang yang dihasilkan daripada daun pisang kering dan batang pisang yang telah ditebang.

Ia dihasilkan pada bulan April, 2019 manakala bahan mentah yang digunakan ialah batang pisang yang telah ditebang, daun pisang kering dan tepung.

Cikgu Norafiza berkata, menghasilkan satu Bio Piatto mengambil masa sehari sahaja. Ini kerana, ia memerlukan masa untuk kering kerana perlu dijemur di bawah cahaya matahari.

Bio Piatto merupakan alternatif untuk menggantikan pinggan pakai buang daripada plastik dan polistrin. Jika penggunaan produk daripada plastik dapat dikurangkan, maka ia dapat melestarikan alam sekitar kita.

Terdahulu, pasukan inovasi SMK Bagan Terap pernah menghasilkan beberapa produk berkualiti. Antaranya HyBo (produk penjagaan kebersihan dan mesra wuduk) dan Herbsvela (produk yang menggunakan minyak masak terpakai dan tumbuhan herba seperti daun kari dan bawang putih untuk menghalau vektor pembawa penyakit seperti lipas, tikus dan cicak).

APA KATA MEREKA

1) "Penyertaan pasukan kami ke pertandingan VIC 2020 memang mencabar. Selain perbincangan secara dalam talian, kami juga berdepan penghantaran penyertaan yang menghampiri tarikh tutup pertandingan.

- Cikgu Junaidah Mat Amin

2) "Sangat teruja apabila diberi peluang untuk menyertai pertandingan berkenaan. Walaupun tidak dapat berjumpa secara bersemuka dengan ahli kumpulan, namun kami berjaya juga menyiapkan video inovasi tersebut.

- Kunorania Ain Isnizam (pelajar Tingkatan Empat)

3) "Bangga kerana dapat mengharum-kan nama keluarga dan SMK Bagan Terap menerusi inovasi Bio Piatto. Insya-Allah, saya dan ahli kumpulan akan terus menghasilkan produk inovasi yang lebih hebat lagi selepas ini.

- Nurun Nasuha Jamalul Arifin (pelajar Tingkatan Empat)   

INFO

Senarai pencapaian

1) Johan Karnival STEM 2019 Daerah Sabak Bernam, Selangor

2) Silver Medal, International Innovation, Invention and Creation Exhibition 2019, UiTM Kampus Puncak Alam

3) First Gold Medal, i-SIC 2019, USIM Negeri Sembilan    

    

Pelajar belajar menggunakan acuan untuk menghasilkan pinggan yang lebih nipis di Fakulti Kejuruteraan UiTM Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Pengumuman di YouTube Live oleh pihak penganjur.

Sijil Anugerah Emas

Antara pingat yang pernah diraih oleh pasukan inovasi SMK Bagan Terap.

Artikel menarik:

Cikgu sembunyi perasaan terkejut tengok kereta bekas pelajar. Tak sangka dia pakai jenama ini...

Murid ini bawa balik baki tembikai RMT untuk adik-adiknya di rumah. Cikgu Esmimi sebak!

'Ayah meninggal kat rumah pengasuh...' - jawapan murid Tahun Satu buat cikgu pening

Senarai tempat awam yang diwajibkan pemakaian pelitup muka. Cikgu-cikgu wajib ambil tahu!

        




 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok