mrsm
mrsm

Permohonan kemasukan ke MRSM, bagi Tingkatan 1 dan 4 2023 dibuka

Rasyidah Zulkifi
06 Sep 2022 04:52pm
A
A
A

Tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat tahun 2023 dibuka mulai 1 September 2022.

Untuk membuat pendaftaran adalah secara dalam talian, jadi pemohon perlu melayari laman sesawang www.mara.gov.my bagi mendapatkan kata laluan dahulu.

Dinasihatkan untuk merujuk Buku Panduan Permohonan MRSM sebelum mendaftarkan permohonan.

Antara syarat-syarat kemasukan ke MRSM bagi pengambilan pelajar baharu adalah seperti yang berikut:-

  • Pemohon dan ibu atau bapa ialah warganegara Malaysia dan tidak disenarai hitam oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara).
  • Lahir pada 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2011 (Tingkatan Satu) atau 2 Januari 2007 hingga 1 Januari 2008 (Tingkatan Empat).
  • Calon wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) dan Ujian Teknikal bagi pilihan Program Teknikal; Ujian Khas Ulul Albab bagi pilihan Program Ulul Albab; Ujian Khas IGCSE bagi pilihan Program IGCSE.
  • Pemohon sihat tubuh badan dan mampu berdikari, namun keutamaan diberikan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Bagi calon-calon yang berminat untuk belajar di sekolah berasrama penuh ini boleh membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada 4 November 2022.

Untuk itu, Sinar Bestari berkongsikan perincian mengenai aliran program yang ditawarkan di MRSM:

Program Teknikal (Tingkatan Satu hingga Lima)

Menggabungkan elemen teknikal melalui subjek Sains Kejuruteraan seperti ilmu kejuruteraan Robotik, Mekanikal, Elektrik dan Internet of Things (IoT).

Program Ulul Albab

Aliran ini mempunyai nilai tambah termasuk Tahfiz al-Quran yang bertujuan melahirkan ternakrat, ahli profesional dan usahawan yang mempunyai kemahiran keagamaan dalam bidang al-Quran dan as-Sunnah.

Program IGCSE

Calon berpeluang mengikuti kurikulum antarabangsa bermula Tingkatan Satu lagi dan pelajar akan menduduki Cambridge IGCSE pada akhir tahun Tingkatan Empat dan Sijil Pelajaran Malaysia ketika di Tingkatan Lima.

Program Premier

Para pelajar akan menjalani sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Program Bitara

Memberi peluang kepada pelajar cemerlang dalam akademik melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi mereka.

Program IB-MYP

Pelajar dalam aliran ini berpotensi untuk dibekalkan dengan ciri-ciri ingin tahu, seimbang, reflektif, penyayang, berani mengambil risiko, mempunyai kemahiran berkomunikasi, berprinsip, pemikir, berfikiran terbuka dan berpengetahuan.

Semoga bermanfaat!

Artikel berkaitan 

Permohonan kemasukan IPG, Kolej Matrikulasi sesi 2022/2023 bermula 15 Mac

Permohonan ke MRSM cecah 75,000, kuota dibuka hanya 9,900 pelajar

Permohonan kemasukan ke MRSM bagi tahun 2022 kini dibuka


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok