Permohonan ke MRSM cecah 75 000 kuota dibuka hanya 9 900 pelajar
Permohonan ke MRSM cecah 75 000 kuota dibuka hanya 9 900 pelajar

Permohonan ke MRSM cecah 75,000, kuota dibuka hanya 9,900 pelajar

Rasyidah Zulkifi
22 Apr 2022 07:53am
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 75,000 permohonan untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dari seluruh negara diterima Majlis Amanah Rakyat (Mara) tahun ini.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid hanya 9,900 tempat mampu ditawarkan agensi itu kepada pelajar yang memenuhi syarat dan kriteria pemilihan serta menyifatkan jumlah itu adalah tinggi.

Baca juga

“MRSM tak dapat, SBP tak dapat, nak jadi apa?”, murid kecewa dibandingkan pencapaian dengan individu lain

Semakan keputusan kemasukan MRSM bermula Rabu – Mahdzir

"Kita masih kekal kuota kemasukkan ke MRSM iaitu 60 peratus bagi (B40), 20 peratus (M40) 15 peratus (T20) dan lima peratus untuk bukan bumiputera.

“Bagi memenuhi permohonan yang tinggi saban tahun terutamanya pelajar daripada luar bandar, kerajaan akan mengkaji keperluan untuk membuka lebih banyak MRSM di seluruh negara,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas MRSM dan Majlis Berbuka Puasa Mara, baru-baru ini.

Mahdzir berkata lima MRSM akan dibina di Ketereh dan Tanah Merah di Kelantan, Sik di Kedah, Lawas di Sarawak dan Dungun di Terengganu, manakala bangunan yang dijangka siap akhir tahun ini adalah Ranau di Sabah dan Bintulu di Sarawak.

Terdahulu, beliau turut melancarkan ‘MRSM Channel’ iaitu platform baharu sebagai medium pembelajaran dalam talian bagi pelajar mengikut video pengajaran daripada guru-guru pakar setiap subjek.

Info

Permohonan kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 1 dan 4 2022 telah dibuka pada 29 Ogos hingga 5 November 2021.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Tarikh semakan tawaran dan rayuan pula adalah pada 9 Mac hingga 16 Mac lalu.

Permohonan dianggap tidak berjaya jika pelajar tidak menerima sebarang maklumat tawaran sehingga 31 Mei depan.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok