photo-1506667527953-22eca67dd919
photo-1506667527953-22eca67dd919

Ciri-ciri pentadbir yang diinginkan guru-guru di Malaysia, ini senarainya

Roshlawaty Md Raieh
19 May 2022 11:40pm
A
A
A

Apakah ciri-ciri pentadbir yang baik dan yang disukai warga sekolah?

Sinar Bestari menyenaraikan pandangan daripada kelompok guru di Malaysia seperti yang dipetik daripada salah satu grup di Facebook, sebelum ini.

Mari kita tengok, ciri yang bagaimanakah diinginkan oleh cikgu-cikgu terhadap pentadbir mereka.

1) Sentiasa memudahkan sesuatu perkara walaupun ianya rumit...bukan meremehkan dan menyulitkan perkara yang tak penting.

2) Prihatin dan memahami situasi diri staf bawahan .

3) Warak, ikhlas, boleh dicontohi dan bijaksana.

4) Pentadbir yang sentiasa memberi penghargaan dan galakan/dorongan/sokongan kepada anak-anak buahnya.

5) Prihatin, tolak ansur dan sentiasa memudahkan urusan guru-gurunya.

Gambar hiasan daripada Unsplash.

6) Yang melihat dengan mata hati...bukan dengan mata mata.

7) Menyiasat isu bukan terus menghukum.

8) Membimbing bukan menuding jari.

9) Adil bukan pilih kasih.

10) Bertimbang rasa bukan ikut buku semata.

11) Terima teguran dan idea.

12) Kepimpinan melalui teladan.

13) Yang sentiasa bertanya khabar.

14) Memudahkan segala urusan kita di saat kita amat perlukannya. Terima kasih cikgu

15) Bertimbang rasa, menghargai kerja buat anak buah, sedia mendidik secara berhikmah, (bukan marah, jerkah, merajuk secara tak sopan) dan berani memberi kemaafan serta meminta maaf jika pentadbir tersalah tindakan (tiada orang yang sempurna) dan bekerja bersama-sama (susah, senang bersama, bukan arah dan lihat sahaja).

Gambar hiasan daripada Unsplash.

16) Pentadbir yang macam family.

17) Mempunyai kuasa, tetapi mampu menggunakan budi bicara dengan penuh berhemah dalam menangani orang bawahannya.

18) Yang boleh memimpin anak buahnya, yang sama-sama sederap melangkah dan tidak hanya pandai mengarah sahaja. Yang memahami denyut nadi para guru, yang tidak menilai secara membuat tuli dan mendengar dari sebelah pihak sahaja. Yang tidak cepat melatah, yang boleh cari dana untuk sekolah, yang sokong kerja buat cikgu-cikgu dan yang tidak terlalu red tape...takut itu takut ini sebab nak jaga diri takut kena surcaj.

19) Yang sporting dan percaya pada kebolehan guru melaksanakan tugas. Juga yang caring, loving...memang ingat sampai bila-bila.

Gambar hiasan daripada Unsplash.

20) Empati dan fleksibel.

Ini adalah antara ciri-ciri yang diharapkan oleh guru-guru di sekolah masing-masing.

Harapnya, segala ciri ini ada pada diri seorang pentadbir (pengetua mahupun guru besar). Walaupun bukan kesemuanya, namun jika ada separuh daripada ini pun sudah memadai.

Artikel berkaitan 

7 tip ini mungkin membantu anda menjadi Guru Cemerlang. Semoga berjaya cikgu! 

Pelajar Malaysia masih ketinggalan dalam kemahiran digital – Coursera

Menjaga adab dengan al-Quran, guru dan pelajar boleh jadikan tip ini sebagai rujukan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

 

 

 

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok